BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 30, 2009

hari MARAH sedunia


dalam kelas tadi
AMNI nampak tertekan
jadi saya dan ALIA
bertanyakan dia kenapa
halnya berkaitan dengan jambatan
hehe
nampaknya kebelakangan ini
ramai yang tertekan dengan jambatan
tidak terkecuali saya dan ALIA
saya berkata kepada AMNI
apa-apa pun boleh membuat kita marah
tetapi kita tidak akan marah
kalau kita tidak mahu marah
mudah bukan konsepnya
balik dari sekolah
saya menerima berita yang tidak baik
kawan saya memberitahu
barang yang saya pos kepadanya hilang
saya mengepos dua barang kepadanya
sekotak teh uncang dan sebentuk cincin berukir namanya
yang hilangnya ialah cincin
katanya kemungkinan besar
cincin itu diambil
saya terkedu
kenapa ada orang yang ingin mengambil benda yang tidak berharga??
langsung di luar pertimbangan akal saya
dan saya begitu MARAH
kerana saya ingin MARAH!
saya tidak pernah berasa marah seumpama ini
seumur hidup saya
jujur saya katakan
kawan saya menceritakan
pada hari pertama pendaftaran
selepas cuti semester
tidak silap saya
sebulan lepas
kawannya kehilangan beg pakaian
dan masih tidak ditemuinya
sehingga ke hari ini
sekali lagi saya terkedu
"ada gak orang nak curi benda macam tu ea???dia nak buat ape?"
"orang ni macam-macam,"
"adoi..diorang x fikir ke..berdosa ambik barang orang.kalau orang ambik barang dia camne?"
"habis tu yang membunuh tu lagi berdosa.kalau semua orang fikir camtu..tak adalah polis kat dunia ni...."
"............"
saya masih menyatakan perasaan marah
"cuba fikir positif..mungkin ada hikmah semua ni berlaku"
"kenapa dia x ambik barang orang lain???"
"sabar..anggap ini ujian"
"x maulah..benci..asyik saya je kena buli!"
"habis tu kesenangan yang parents awak bagi tu ape?biasalah.kehidupan ada turun naiknya.takkan selalu nak duduk kat atas?"
saya terdiam
masih geram
"cuba fikir positif"
"da habis positif da ni..x kan nak gelak"
"bukan.mungkin benda ni mengajar awak bersabar dan jadi lebih matang"
"macam-macam la orang ni"
"memang la..yang penting kita jaga diri kita..kita memang xleh kawal orang lain"
"semua orang xleh caya.x nak caya sape-sape"
"jangan la macam tu..percaya tu percaya..tapi kena beringat..jangan 100%..mungkin cincin tu tercicir..biasalah..yang melakukan tugas tu orang..bukan robot..dia pun ada melakukan kesalahan"
dan konklusinya
walaupun saya sudah bertenang
tapi saya tidak dapat menerima
situasi ini sepenuhnya
persoalannya
kalau betul ada yang mengambil cincin itu
apa yang dia nak buat dengan cincin???






0 respon: