BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 21, 2009

masalah:lari@hadapi?


hidup ini tidak boleh lari dari masalah
tanpa mengira usia
masalah akan menghampiri kita
percaya atau tidak
kanak-kanak kecil juga menghadapi masalah
cuma mungkin tidak serumit orang dewasa
sama juga dengan remaja
dan apabila berdepan dengan masalah
kita hanya ada dua pilihan
lari?
atau
hadapi?
pilihan ini terletak di tangan kita
tapi pada pendapat saya
masalah perlu dihadapi
tiada gunanya lari daripada masalah
kerana masalah itu akan terus-terusan menghambat kita
lambat laun sesuatu perlu dilakukan untuk menyelesaikannya
jadi
pilihan terbaik ialah hadapinya
memang diakui pada mulanya sukar dilakukan
tetapi menghadapi realiti lebih baik daripada
hidup dalam tekanan
menghadapi masalah memerlukan
kesabaran dan rasional sebagai seorang manusia
walaupun kadang-kadang masalah tersebut mengatasi
batas kesabaran manusia
namun anggaplah ianya sebagai dugaan
dalam menempuhi kehidupan yang berliku
masalah yang perlu diharungi
akan menyebabkan kita melalui proses kematangan
dari pelbagai aspek
seperti
cara berfikir,membuat keputusan dan lebih bersabar
sentiasa berfikiran positif dan terbuka
akan membantu kita menyelesaikan masalah
kadang kala
masalah akan memberi kebaikan kepada kita
kerana dari situlah kita dapat melihat kesalahan kita
kekurangan kita yang menyebabkan perkara buruk berlaku
kesimpulannya
masalah sebenarnya memberi kebaikan
dari sudut-sudut yang tertentu
hadapilah dengan tenang dan rasional!

2 respon:

Niji said...

masalah, masalah..
manusia sering menimbulkan masalah kepada manusia lain...
ia suatu kitaran yang tidak akan berhenti..

fatin arina said...

yer2
sangat menyetujui!!!