BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 31, 2009

pengalaman itu GURU


semakin hari kita semakin membesar
sejajar dengan itu
kita haruslah belajar daripada pengalaman
supaya dapat berfikir dengan lebih matang
saya berikan dua situasi yang berbeza

SITUASI A
seorang pemandu yang baru saja mendapat lesen kereta
memandu di sebuah jalan yang sibuk
tiba-tiba sebuah motorsikal telah terlanggar keretanya
lalu meninggalkan kesan calar
pemandu tersebut memaki penunggang tersebut
sepanjang perjalanannya

SITUASI B
seorang pemandu yang telah memandu selama 30 tahun
memandu di sebuah jalan yang sibuk
tiba-tiba sebuah motorsikal telah terlanggar keretanya
lalu meninggalkan kesan calar
pemandu tersebut tenang sahaja
kerana keadaan tersebut sudah kerap berlaku

kesimpulannya
apabila kita sudah terbiasa dengan situasi
yang tidak dijangka
kita akan dapat mengawal diri kita dengan mudah
pemandu dalam SITUASI A marah kerana dia belum pernah
berhadapan dengan keadaan itu
sedangkan
apabila difikirkan semula
tiada gunanya marah
kerana penunggang motorsikal tersebut
sudah tiada di situ
dan dia tidak mendengar apa yang dikatakan oleh pemandu itu
berbeza dengan pemandu dalam SITUASI B
dia tenang kerana sudah lali dengan itu semua
jadi
pengalaman sebenarnya mendewasakan kita
apabila kita sering terdedah kepada
sesuatu yang boleh memberi kesan buruk kepada kita
kita akan dapat menghadapinya dengan tenang
memang diakui kita akan mengalami kesukaran
namun semua itu harus diterima
kerana inilah hidup
ada pahit manisnya!

2 respon:

Niji said...

iye ke...tak mudah menjalani pengalaman buruk dengan kerap~
hak3

fatin arina said...

memang la
boleh jadi gila
kalau x terkawal
aahaha
pressure make me sick!!!