BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 5, 2009

saya perlukan empat kaki untuk berdiri!








bunyinya pelik
empat kaki?
dari mana?
sedangkan manusia hanya mempunyai dua kaki sahaja
dalam kehidupan sebenar
kita tidak mampu untuk melakukan semua perkara sendirian
percayalah!
jika ada mereka yang berkata
"saya tak perlukan sesiapa dalam hidup ini,"
"i can stand on my own,"
mereka ini hanyalah orang-orang hipokrit yang tidak mahu mengaku kelemahan mereka sendiri
buktinya..
mampukah mereka mereka kereta sendiri...membuat rumah sendiri atau menyediakan bahan makanan mereka sendiri?
sudah tentulah tidak
dan ini jelas menunjukkan bahawa
hidup manusia bergantung antara satu sama lain
tidak kiralah sesiapa sekalipun
kebergantungan ini perlu kerana setiap insan mempunyai kelemahan masing2
hanya Yang Maha Berkuasa bersifat sempurna
akuilah!
kadang2 orang lain mampu melihat kita dari sudut pandangan yang berbeza
mungkin keadaan ini akan membawa perkembangan baru dalam hidup kita
seperti anak-anak yang bergantung kepada ibubapa mereka
pelajar yang bergantung kepada guru
terdapat pelbagai jenis kebergantungan
antaranya kewangan,pelajaran,nasihat dan juga pertolongan
selagi manusia tidak mencapai tahap kematangan yang membolehkan mereka menentukan baik buruknya sesuatu
seseorang mesti ada di belakang mereka
menampung kekurangan dalam diri mereka
jangan rasa malu untuk meminta pertolongan
sekiranya kita benar-benar memrlukannya
bergantung pada orang lain
bukanlah tanda kelemahan kita
sebaliknya ia sebagai tanda
keterbukaan minda kita untuk menerima sesuatu yang lebik baik
berbanding dengan apa yang kita mampu cipta!

2 respon:

Niji said...

i really like this!

oh ya fatin...
saya terbaca dalam majalah MIDI.
tajuknya saya dah lupa.. ops!
artikel tu menggarap tentang kebergantungan yang melampau dalam kalangan isteri. akibatnya, kebanyakan isteri ini terpaksa melalui kesusahan 2 kali ganda apabila suami2 mereka tak ada (meninggal, sakit etc)

kesimpulannya, bergantung kepada orang lain itu harus.. tapi mesti tahu berdikari!

p/s: i like your writing style.. so smooth and related to each other.. ^^
saya akan menunggu entry yang seterusnya~

fatin arina said...

hehe
ni je yang sye leh wat

owh
isteri bergantung kepada suami!
yup
agree with you!
urm tpi artikel yang sye tulis ni untuk kedua-dua jantina
hehe


yeah
sokong niji 128%

p/s:huhu
i'm stick to blog right now!