BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 10, 2009

kejadian dalam ribut

mendahulukan perkara yang utama dari yang lain
pertama sekali selamat menyambut hari lahir
kepada adik bongsuku yang telah pun berumur setahun
kalau tarikh lahir saya ialah 10/9
si comel ini pula cukup umur pada 10/10
walaupun kamu telah merampas tahta saya
sebagai satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga
tetapi tidak mengapa
saya tetap sayangkan kamu!

sebenarnya entri kali ini adalah untuk berkongsi tentang
kejadian menunggang motor dalam ribut
petang tadi saya ingin ke kedai untuk
menambah nilaian kredit dalam telefon
pada masa itu langit telah menunjukkan tanda-tanda
mahu mencurahkan hujan
"ah..tak apalah.pergi kejap je.lagipun kedai dekat je,"
saya terpaksa meminjam motor datuk saya
memandangkan motor saya berada di kedai kerana tayar pancit
motor datuk saya ni bolehlah dikatakan motor baru
kerana bapa saudara saya telah mengeluarkan wang
untuk membelinya pada beberapa bulan yang lepas
kebodohan saya memang terserlah sejak awal lagi
saya telah menekan hon kerana
tertukar dengan starter motor
tidak mengapalah kerana akhirnya motor itu berjaya dihidupkan juga
saya menunggang motor dengan kelajuan yang sederhana sahaja
kerana motor itu bergerak dengan laju berbanding dengan motor saya
meter menunjukkan bacaan 40km/j
hampa apabila sampai di kedai kerana kedai itu tutup
saya memberanikan diri menuju ke kedai yang sebuah lagi
walaupun ketika itu langit sudah bertambah murung
sebaik sahaja siap membeli
angin mula bertiup kencang
terasa gerun di dalam hati untuk pulang
namun tetap memberanikan diri agar tidak terkena hujan
semasa dalam perjalanan pulang
kenderaan yang berada di jalan pada ketika itu
boleh dihitung dengan jari
kelajuan motor saya tingkatkan kepada 60km/j
tanpa rasa takut seperti tadi
yang ada di fikiran ialah untuk sampai ke rumah sepantas mungkin
dengan angin yang bertiup kencang
hati saya memang terasa goyah
objek yang berterbangan ke muka
langsung tidak dipedulikan
seakan tiada darah yang mengalir di muka pada ketika itu
nasib baik saya sampai di rumah dengan selamat
dan tepat pada masanya
selepas ini mungkin saya tidak akan berani untuk
menunggang motor ketika hari hampir hujan

0 respon: