BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 24, 2009

usaha tangga kejayaan

kadang-kadang bukan semua yang kita nak
kita akan dapat
walau macam mana pun kita buat
sekuat mana usaha yang dilakukan
tapi benda yang kita nak
masih belum berada dalam genggaman
ada hikmah di sebaliknya
mungkin kita akan dapat sesuatu yang
berganda-ganda baiknya daripada
sesuatu yang kita inginkan
saya memang lemah dalam subjek matematik
entah kenapa ada saja kesilapan yang dilakukan
satu benda yang saya tak suka mengenainya ialah
kita tidak boleh mengagak soalan apa yang akan keluar
kita hanya perlu menguasai kemahiran
dan aplikasikan kemahiran tersebut pada soalan
itulah yang menyusahkan kerana kita perlu berfikir
formula mana yang perlu kita guna
tahun lepas setiap kali mendapat
keputusan ujian bulanan
subjek matematik lah yang paling mengecewakan
pernah saya hanya mendapat 40++ untuk matapelajaran ini
dan pada ketika itu saya menangis
menangis kerana saya merasakan saya telah
membuat sebaik mungkin persediaan untuk subjek itu
dan orang-orang di sekeliling saya
tidak putus-putus memberi semangat
terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka
tetapi yang menariknya ialah
mereka memberikan motivasi kepada saya
melalui sebuah cerita
dan mereka bertiga menceritakan cerita yang sama
agak pelik kerana mereka tidak mengenali antara satu sama lain
mereka ialah ibu saya,athira dan juga dia
ceritanya begini
"ada seorang pelajar,dia selalu gagal subjek matematik,setaip kali peperiksaan dapat belas belas je markah.tapi dia berusaha dan akhirnya dalam PMR dia dapat A dalam matapelajaran matematik,"
cerita inilah yang sering diulang tayang kepada saya
dan akhirnya saya berjaya mendapat A dalam subjek ini
saya ingin bertanyakan kepada mereka siapakah
yang diceritakan oleh mereka
namun saya terfikir bahawa
orang itu mungkin adalah saya
cerita tersebut hanyalah satu kisah untuk memberi semangat
jadi kesimpulannya
pelajar itu adalah kita semua
ya.kita semua
semua orang boleh berjaya apabila kita berusaha
tanamkan keyakinan dalam diri
dan terus melangkah dengan bersemangat

SUCCESS NEVER COME BY ITSELF
WE HAVE TO GO INTO IT

"saat kita jatuh..mencuba berdiri..menahan sakit dan menangis..tapi erti hidup lebih dari itu..dan kita mencuba melawan!"

0 respon: