ada satu cerita yang nak dikongsikan
tentang mawar,rumput dan kumbang
begini mawar dan kumbang bersahabat baik
tanpa disedari mawar jatuh cinta kepada kumbang
namun kumbang hanya menginginkan mereka kekal sebagai kawan
suatu hari kumbang bertemu dengan rumput
mereka bersahabat dan kumbang selalu
menceritakan perihal kawan yang disayanginya
si mawar kepada rumput
sedangkan mawar langsung tidak mengetahui tentang kewujudan
si rumput dalam hidup kumbang
rumput akhirnya jatuh cinta kepada kumbang
kumbang menerima cinta si rumput
kumbang dan rumput menyulam cinta dengan bahagia
rumput secara tidak sengaja bertemu mawar
disebabkan rasa ingin tahu
rumput menanyakan mawar perihal perhubungan
mawar dan kumbang
mawar mengatakan bahawa mereka berdua
adalah sepasang kekasih
rumput kemudiannya diberitahu oleh kumbang
tentang apa yang terjadi sebenarnya
antara dia dan mawar
mereka hanyalah teman biasa
pada suatu hari kumbang dan rumput
mendengar khabar bahawa mawar memilih
orkid untuk dijadikan kekasih hati
kumbang teramat kecewa dengan perbuatan mawar
kerana telah tersalah memilih jalan
kumbang menyalahkankan rumput atas apa yang terjadi
kata kumbang
jika rumput tidak memberitahu mawar
tentang perhubungan mereka
tentu mawar tidak memilih jalan sedemikian
jadi apa pendapat anda?apa yang patut dilakukan oleh mawar,kumbang atau rumput?
Monday, November 30, 2009
mawar,kumbang dan rumput
Friday, November 20, 2009
list-to-do
sempena cuti persekolahan yang baru sahaja bermula
marilah kita bersama-sama meraikannya
tak tahu nak cakap macam mana
tapi tersangat gembira dengan keadaan ini
macamlah tak pernah cuti sebelum ni..hehe
sekarang ni nak buat list-to-do thing
mungkin tidak akan mampu untuk menyiapkannya
tetapi tidak mengapa kerana perancangan itu penting
1.tengok cerita Ada Apa Dengan Cinta
tahu cerita ni dah lama dah..dah tak popular dah sekarang..but this story really nourishing my memory..terutamanya lagu tentang seseorang..it can make me smile 24 hours non-stop!yaah~
2.tulis cerita
idea dah ada..cuma malas nak menulis..saya ni jenis yang suka berhenti separuh jalan..huhu..dan apabila menulis cerita saya tidak mahu menghabiskannya kerana apabila cerita itu suda habis..watak itu akan mati di situ..hehe..memang dari dulu lagi macam ni..pelik kan?
3.lukis gambar untuk setiap sajak yang dibuat
saya tahu tangan saya keras macam kayu..nak lukis satu gambar pun perlukan beberapa hari..i'm not an expert like him..even dia pun ambil masa yang lama untuk lukis..huhu
4.pergi tuisyen
ni bukan kebahagiaan tapi keperluan..uhuh
banyak lagi sebenarnya tapi dah lupa..so many things keep playing in my head right now..can't focus right now..huhu..
pasca peperiksaan
akhirnya
3 minggu yang penuh dengan penyeksaan sudah berakhir!!
sekarang ni boleh berehat sikit
sudah banyak benda yang bermain dalam fikiran
namun mungkin sedikit sukar untuk dilaksanakan
my heart is singing
just like the first time i fall in love
no matter how cruel the torture you will give
never care what will happen in future
my heart is singing
with my soul is dancing
hadiah dari cik mieyRarif
Wednesday, October 28, 2009
happy exam!
isnin
bermula lah peperiksaan akhir tahun untuk pelajar tingkatan 4
semua subjek sains 3 kertas
letih la gini
banyak sangat kena ingat
bila terkenangkan fizik dan matematik tambahan
boleh histeria jadinya
ataupun akan menghabiskan berhelai-helai tisu
tak campur lagi dengan kos topup
untuk membuat panggilan kepada dia
dan hasilnya hanyalah ayat
"kurangkan online,banyakkan latihan,"
tidak mengapa
cuba yang terbaik
semoga berjaya
p/s:final exam dia esok..buat yang terbaik tau!
ditaip oleh fatin arina ketika 6:42 PM 0 respon
Labels: cakap saja
Saturday, October 24, 2009
usaha tangga kejayaan
kadang-kadang bukan semua yang kita nak
kita akan dapat
walau macam mana pun kita buat
sekuat mana usaha yang dilakukan
tapi benda yang kita nak
masih belum berada dalam genggaman
ada hikmah di sebaliknya
mungkin kita akan dapat sesuatu yang
berganda-ganda baiknya daripada
sesuatu yang kita inginkan
saya memang lemah dalam subjek matematik
entah kenapa ada saja kesilapan yang dilakukan
satu benda yang saya tak suka mengenainya ialah
kita tidak boleh mengagak soalan apa yang akan keluar
kita hanya perlu menguasai kemahiran
dan aplikasikan kemahiran tersebut pada soalan
itulah yang menyusahkan kerana kita perlu berfikir
formula mana yang perlu kita guna
tahun lepas setiap kali mendapat
keputusan ujian bulanan
subjek matematik lah yang paling mengecewakan
pernah saya hanya mendapat 40++ untuk matapelajaran ini
dan pada ketika itu saya menangis
menangis kerana saya merasakan saya telah
membuat sebaik mungkin persediaan untuk subjek itu
dan orang-orang di sekeliling saya
tidak putus-putus memberi semangat
terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka
tetapi yang menariknya ialah
mereka memberikan motivasi kepada saya
melalui sebuah cerita
dan mereka bertiga menceritakan cerita yang sama
agak pelik kerana mereka tidak mengenali antara satu sama lain
mereka ialah ibu saya,athira dan juga dia
ceritanya begini
"ada seorang pelajar,dia selalu gagal subjek matematik,setaip kali peperiksaan dapat belas belas je markah.tapi dia berusaha dan akhirnya dalam PMR dia dapat A dalam matapelajaran matematik,"
cerita inilah yang sering diulang tayang kepada saya
dan akhirnya saya berjaya mendapat A dalam subjek ini
saya ingin bertanyakan kepada mereka siapakah
yang diceritakan oleh mereka
namun saya terfikir bahawa
orang itu mungkin adalah saya
cerita tersebut hanyalah satu kisah untuk memberi semangat
jadi kesimpulannya
pelajar itu adalah kita semua
ya.kita semua
semua orang boleh berjaya apabila kita berusaha
tanamkan keyakinan dalam diri
dan terus melangkah dengan bersemangat
SUCCESS NEVER COME BY ITSELF
WE HAVE TO GO INTO IT
"saat kita jatuh..mencuba berdiri..menahan sakit dan menangis..tapi erti hidup lebih dari itu..dan kita mencuba melawan!"
Thursday, October 22, 2009
kekesalan untuk kali ke________???
entri ini dilayangkan khas kepada anda
yang nun jauh di sana
walaupun saya tahu anda tak baca blog saya
tapi saya tetap mahu cakap..hehe
boleh dikatakan saya ni manusia yang jenis
1.kuat merajuk
2.cepat marah
3.suka sangat ikut mood
4.cemburu melampau
5.mengada macam budak
dan perangai inilah yang membuatkan awak
pening sampai tak larat nak layan
hari ini saya minta maaf
esok saya buat lagi
agak-agaknya kalau dihitung mungkin dah lebih
100 kali saya cakap "maaf"
belum campur masa hari raya lagi..hehe
tapi awak sabar,sabar dan sabar
terima kasih sebab dah teman saya
selama 2 tahun
dan awak memang milo 3 in 1 saya..haha
benda kecil pun boleh saya jadikan topik pergaduhan
belum masuk benda besar lagi
namun awak selalu cakap
"biasalah..awak kan masih dalam proses untuk
mencapai kematangan..it is normal,"
dan saya akan rasa bersalah
dalam jangka masa yang agak lama
haih..teruk kan saya ni
The magic of first love is our ignorance that it can never end
