BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 28, 2009

happy exam!

isnin
bermula lah peperiksaan akhir tahun untuk pelajar tingkatan 4
semua subjek sains 3 kertas
letih la gini
banyak sangat kena ingat
bila terkenangkan fizik dan matematik tambahan
boleh histeria jadinya
ataupun akan menghabiskan berhelai-helai tisu
tak campur lagi dengan kos topup
untuk membuat panggilan kepada dia
dan hasilnya hanyalah ayat
"kurangkan online,banyakkan latihan,"
tidak mengapa
cuba yang terbaik
semoga berjaya

p/s:final exam dia esok..buat yang terbaik tau!

Saturday, October 24, 2009

usaha tangga kejayaan

kadang-kadang bukan semua yang kita nak
kita akan dapat
walau macam mana pun kita buat
sekuat mana usaha yang dilakukan
tapi benda yang kita nak
masih belum berada dalam genggaman
ada hikmah di sebaliknya
mungkin kita akan dapat sesuatu yang
berganda-ganda baiknya daripada
sesuatu yang kita inginkan
saya memang lemah dalam subjek matematik
entah kenapa ada saja kesilapan yang dilakukan
satu benda yang saya tak suka mengenainya ialah
kita tidak boleh mengagak soalan apa yang akan keluar
kita hanya perlu menguasai kemahiran
dan aplikasikan kemahiran tersebut pada soalan
itulah yang menyusahkan kerana kita perlu berfikir
formula mana yang perlu kita guna
tahun lepas setiap kali mendapat
keputusan ujian bulanan
subjek matematik lah yang paling mengecewakan
pernah saya hanya mendapat 40++ untuk matapelajaran ini
dan pada ketika itu saya menangis
menangis kerana saya merasakan saya telah
membuat sebaik mungkin persediaan untuk subjek itu
dan orang-orang di sekeliling saya
tidak putus-putus memberi semangat
terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka
tetapi yang menariknya ialah
mereka memberikan motivasi kepada saya
melalui sebuah cerita
dan mereka bertiga menceritakan cerita yang sama
agak pelik kerana mereka tidak mengenali antara satu sama lain
mereka ialah ibu saya,athira dan juga dia
ceritanya begini
"ada seorang pelajar,dia selalu gagal subjek matematik,setaip kali peperiksaan dapat belas belas je markah.tapi dia berusaha dan akhirnya dalam PMR dia dapat A dalam matapelajaran matematik,"
cerita inilah yang sering diulang tayang kepada saya
dan akhirnya saya berjaya mendapat A dalam subjek ini
saya ingin bertanyakan kepada mereka siapakah
yang diceritakan oleh mereka
namun saya terfikir bahawa
orang itu mungkin adalah saya
cerita tersebut hanyalah satu kisah untuk memberi semangat
jadi kesimpulannya
pelajar itu adalah kita semua
ya.kita semua
semua orang boleh berjaya apabila kita berusaha
tanamkan keyakinan dalam diri
dan terus melangkah dengan bersemangat

SUCCESS NEVER COME BY ITSELF
WE HAVE TO GO INTO IT

"saat kita jatuh..mencuba berdiri..menahan sakit dan menangis..tapi erti hidup lebih dari itu..dan kita mencuba melawan!"

Thursday, October 22, 2009

kekesalan untuk kali ke________???

entri ini dilayangkan khas kepada anda
yang nun jauh di sana
walaupun saya tahu anda tak baca blog saya
tapi saya tetap mahu cakap..hehe
boleh dikatakan saya ni manusia yang jenis
1.kuat merajuk
2.cepat marah
3.suka sangat ikut mood
4.cemburu melampau
5.mengada macam budak
dan perangai inilah yang membuatkan awak
pening sampai tak larat nak layan
hari ini saya minta maaf
esok saya buat lagi
agak-agaknya kalau dihitung mungkin dah lebih
100 kali saya cakap "maaf"
belum campur masa hari raya lagi..hehe
tapi awak sabar,sabar dan sabar
terima kasih sebab dah teman saya
selama 2 tahun
dan awak memang milo 3 in 1 saya..haha
benda kecil pun boleh saya jadikan topik pergaduhan
belum masuk benda besar lagi
namun awak selalu cakap
"biasalah..awak kan masih dalam proses untuk
mencapai kematangan..it is normal,"
dan saya akan rasa bersalah
dalam jangka masa yang agak lama
haih..teruk kan saya ni

The magic of first love is our ignorance that it can never end


Wednesday, October 21, 2009

dia dan deviantart

sangat rindu sama kamu la blog..hehe
tapi kerana tiada mood untuk menulis
terpaksa ruangan ini dibiarkan sepi seketika
sesungguhnya 2 minggu lepas memberikan satu pengajaran baru
dunia ini penuh dengan diskriminasi!!!
kadang-kadang orang yang kita tak sangka itulah
yang memberi racun pada kita
enough about that..it was a stupid thing to remember
nasib baik dia ada memberi kekuatan
dia meminta saya supaya bersabar
thankz to him anyway..
sebenarnya ada kisah lain yang ingin dikongsi
tetapi simpan dulu untuk cerita ini
seperti yang diketahui
saya tidak lagi mempunyai mana-mana akaun sosial
sama seperti dirinya
namun kami berdua mempunyai satu akaun yang
hanya popular di antara peminat seni
sebenarnya dia yang terlebih dahulu mempunyai akaun ini
dipendekkan cerita
tadi saya membuka akaun deviantart saya
yang telah lama tidak di sign in
bila dibuka dia membalas semua komen
saya pada lukisannya
memang tidak dinafikan saya sangat mengagumi lukisannya
dan ini salah satu sebab kenapa saya memilihnya..hehe
walaupun dia tidak berterus terang tentang hubungan kami
tapi ini lebih baik
kerana saya tidak mahu kejadian dulu berulang lagi!
bergaduh dengan seorang peminat fanatiknya
saya tidak sanggup kerana saya kejam apabila bergaduh..haha

p/s:teringin sangat nak dia lukis wajah saya..entah bila?


Saturday, October 10, 2009

kejadian dalam ribut

mendahulukan perkara yang utama dari yang lain
pertama sekali selamat menyambut hari lahir
kepada adik bongsuku yang telah pun berumur setahun
kalau tarikh lahir saya ialah 10/9
si comel ini pula cukup umur pada 10/10
walaupun kamu telah merampas tahta saya
sebagai satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga
tetapi tidak mengapa
saya tetap sayangkan kamu!

sebenarnya entri kali ini adalah untuk berkongsi tentang
kejadian menunggang motor dalam ribut
petang tadi saya ingin ke kedai untuk
menambah nilaian kredit dalam telefon
pada masa itu langit telah menunjukkan tanda-tanda
mahu mencurahkan hujan
"ah..tak apalah.pergi kejap je.lagipun kedai dekat je,"
saya terpaksa meminjam motor datuk saya
memandangkan motor saya berada di kedai kerana tayar pancit
motor datuk saya ni bolehlah dikatakan motor baru
kerana bapa saudara saya telah mengeluarkan wang
untuk membelinya pada beberapa bulan yang lepas
kebodohan saya memang terserlah sejak awal lagi
saya telah menekan hon kerana
tertukar dengan starter motor
tidak mengapalah kerana akhirnya motor itu berjaya dihidupkan juga
saya menunggang motor dengan kelajuan yang sederhana sahaja
kerana motor itu bergerak dengan laju berbanding dengan motor saya
meter menunjukkan bacaan 40km/j
hampa apabila sampai di kedai kerana kedai itu tutup
saya memberanikan diri menuju ke kedai yang sebuah lagi
walaupun ketika itu langit sudah bertambah murung
sebaik sahaja siap membeli
angin mula bertiup kencang
terasa gerun di dalam hati untuk pulang
namun tetap memberanikan diri agar tidak terkena hujan
semasa dalam perjalanan pulang
kenderaan yang berada di jalan pada ketika itu
boleh dihitung dengan jari
kelajuan motor saya tingkatkan kepada 60km/j
tanpa rasa takut seperti tadi
yang ada di fikiran ialah untuk sampai ke rumah sepantas mungkin
dengan angin yang bertiup kencang
hati saya memang terasa goyah
objek yang berterbangan ke muka
langsung tidak dipedulikan
seakan tiada darah yang mengalir di muka pada ketika itu
nasib baik saya sampai di rumah dengan selamat
dan tepat pada masanya
selepas ini mungkin saya tidak akan berani untuk
menunggang motor ketika hari hampir hujan

Wednesday, October 7, 2009

pmr 2009


tadi ada sedikit kejutan di sekolah
kena masuk ikut pintu pagar belakang
disebabkan pintu pagar utama ditutup
agaknya supaya calon-calon pmr tidak terganggu
jalan lurus belok kanan belok kiri
keliling bangunan barulah sampai ke kelas
opps!pembetulan bukan kelas tapi makmal
kami terpaksa belajar di dalam makmal
memandangkan kelas digunakan untuk peperiksaan
baru 4 hari berada di sana sudah sakit belakang
bayangkan kerusi makmal itu kecil,tinggi dan tiada penyandar
memang sah kena tampal koyok ni
hahaha..dia yang memperkenalkan benda ni
terpaksa bersabar sajalah..haih
kepada calon-calon pmr
selamat maju jaya!
terutamanya kepada sepupu saya yang tersayang
fatihah dan fatihi
bukan kembar ni ya..diorang ni pun sepupu jugak
tak lupa kepada zairul dan kekasih awak itu sekali ya
dan seseorang yang mungkin tidak mengenali saya
nurul farah ain-adik arif..huhuhu
semoga mendapat keputusan yang cemerlang

p/s:ingat lagi pengalaman tahun lepas..memang kecut perut apabila memikirkan subjek sains
terus datang di fikiran soaaln mengenai petroleum yang saya tidak pernah pun baca sebelum ini..hehe


Tuesday, October 6, 2009

kisah rm1


satu ringgit malaysia
bukan hanya sekadar nilai matawang
tetapi boleh juga dijadikan
subjek untuk mencetus kelucuan
atau lebih tepat lagi untuk mengenakan orang
hanya dengan sekeping kertas
berbagai helah dapat dicipta

1.cari orang memancing
minta kawan anda mencari orang yang sedang memancing pada bahagian belakang duit
untuk memanjangkan masa pencarian
katakan pada mereka jika mereka menjumpai apa yang dicari
anda akan memberi duit tersebut kepada mereka
(jangan risau kerana mereka PASTI tidak akan menjumpainya)
apabila mereka sudah menyerah
dengan selamba dan tanpa rasa bersalah katakan
"lama sangat kau cari,dia dah balik la,"

taktik ni memang gempak
ramai yang sudah terkena dengan saya
bayangkan bagaimana saya terpaksa menahan gelak
melihat kesungguhan mereka mencari
anda boleh mencubanya pada sesiapa saja
namun berhati-hati dengan mereka
yang mempunyai darjah kemarahan yang tinggi

Monday, October 5, 2009

ku ingin kamu


demi semua yang aku jalani bersamamu
ku ingin engkau jadi milikku
ku ingin kau di sampingku
tanpa dirimu ku hanya manusia
tanpa cinta dan hadirmu yang bisa
membawa surga dalam hatiku
aku ingin engkau menjadi milikku
aku kan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kau lah yang ku sayangi
ku akan setia di sini menemani
sentuhanmu bagaikan tangan sang dewi cinta
yang beriaskan rona asmara
dan membuat ku tak kuasa
di setiap anugerah mu
tersemat di hati kecilku
bahwa dirimu terindah untukku
selama ku masih bisa bernafas
selama ku masih bisa bertahan
selama Tuhan masih mengijinkan
ku ingin selalu menjagamu

ROMANCE

p/s:lagu yang paling romantik pernah saya dengar..ikhlas dan bersahaja

Friday, October 2, 2009

akhirnya minggu ini sudah dapat semua keputusan peperiksaan
haih...
secara umumnya menurun!
tapi keseluruhannya seperti biasa
fizik,matematik tambahan dan bahasa arab
TIDAK PERNAH
mendapat A...
walau macam mana pun saya buat untuk fizik
mungkin tidak mencukupi
matematik tambahan saya mengaku tidak membuat latihan yang cukup
tahu pun!huhu
tapi saya akan berusaha dengan lebih baik!!!!!

1.bahasa inggeris
dapat naik ranking karangan
terima kasih kepada amni
kerana sudi membaiki kesalahan grammar saya
tapi tetapi akan mencuba supaya
melakukan kesilapan grammar yang paling minima

2.sejarah
mungkin saya memandang remeh pada subjek ini
memandangkan subjek ini subjek kesukaan saya
saya menganggapnya mudah

3.matematik moden
kerana kecuaian saya
tertinggal soalan yang perlu dijawab
nasib baik cikgu tidak mengambil kira soalan yang tidak dijawab..huhu

konklusinya
usaha yang berterusan perlu dibuat
hurm...

"give up what you want in the moment for something you want most in LIFE!"