BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Saturday, October 24, 2009

usaha tangga kejayaan

kadang-kadang bukan semua yang kita nak
kita akan dapat
walau macam mana pun kita buat
sekuat mana usaha yang dilakukan
tapi benda yang kita nak
masih belum berada dalam genggaman
ada hikmah di sebaliknya
mungkin kita akan dapat sesuatu yang
berganda-ganda baiknya daripada
sesuatu yang kita inginkan
saya memang lemah dalam subjek matematik
entah kenapa ada saja kesilapan yang dilakukan
satu benda yang saya tak suka mengenainya ialah
kita tidak boleh mengagak soalan apa yang akan keluar
kita hanya perlu menguasai kemahiran
dan aplikasikan kemahiran tersebut pada soalan
itulah yang menyusahkan kerana kita perlu berfikir
formula mana yang perlu kita guna
tahun lepas setiap kali mendapat
keputusan ujian bulanan
subjek matematik lah yang paling mengecewakan
pernah saya hanya mendapat 40++ untuk matapelajaran ini
dan pada ketika itu saya menangis
menangis kerana saya merasakan saya telah
membuat sebaik mungkin persediaan untuk subjek itu
dan orang-orang di sekeliling saya
tidak putus-putus memberi semangat
terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka
tetapi yang menariknya ialah
mereka memberikan motivasi kepada saya
melalui sebuah cerita
dan mereka bertiga menceritakan cerita yang sama
agak pelik kerana mereka tidak mengenali antara satu sama lain
mereka ialah ibu saya,athira dan juga dia
ceritanya begini
"ada seorang pelajar,dia selalu gagal subjek matematik,setaip kali peperiksaan dapat belas belas je markah.tapi dia berusaha dan akhirnya dalam PMR dia dapat A dalam matapelajaran matematik,"
cerita inilah yang sering diulang tayang kepada saya
dan akhirnya saya berjaya mendapat A dalam subjek ini
saya ingin bertanyakan kepada mereka siapakah
yang diceritakan oleh mereka
namun saya terfikir bahawa
orang itu mungkin adalah saya
cerita tersebut hanyalah satu kisah untuk memberi semangat
jadi kesimpulannya
pelajar itu adalah kita semua
ya.kita semua
semua orang boleh berjaya apabila kita berusaha
tanamkan keyakinan dalam diri
dan terus melangkah dengan bersemangat

SUCCESS NEVER COME BY ITSELF
WE HAVE TO GO INTO IT

"saat kita jatuh..mencuba berdiri..menahan sakit dan menangis..tapi erti hidup lebih dari itu..dan kita mencuba melawan!"

Sunday, September 27, 2009

bagaimana?

ini merupakan satu topik yang agak menarik untuk diceritakan bagi saya
hal ini menjadi perbahasaan di antara saya dan sepupu saya
sejujurnya saya mengakui dia benar
topik ini bermula dengan satu soalan daripada dia
"awak tak tinggal kat asrama kan?"
saya mengangguk
"kenapa?"
saya mula bercerita tentang alasan yang kedengaran agak mengada-ngada
dia mula bercerita tentang kebaikan tinggal di asrama
tetapi yang paling menarik perhatian saya ialah
"awak akan belajar cara bersosial apabila awak tinggal di asrama,"
"maksudnya?"
dia mula mengatakan apabila seseorang tinggal di asrama
dia akan belajar cara untuk bergaul dengan orang lain
bertolak ansur..bekerjasama dan berdikari
"da biasa dengar semua itu..hehe"
dia mula mengemukakan contoh situasi tertentu
1.bila tinggal di asrama secara automatiknya kita akan mencari kawan
jadi kita akan mengahdapi pelbagai manusia yang berbeza karenah
keadaan ini akan mendedahkan kita kepada kehidupan sebenar
2.bayangkan apabila berada di tempat ramai
sudah tentu ada yang lebih dan ada yang kurang
secara tidak langsung keadaan ini dapat menghakis sikap
pentingkan diri sendiri dan bertolak ansur
"bukan semua yang tinggal di asrama baik..ada juga.."
"tapi sekurang-kurangnya awak berusaha ke arah kebaikan,"
dia menyambung lagi
"awak mesti belajar bagaimana cara untuk berinteraksi dengan masyarakat..bagaimana cara bercakap dengan orang tua,bagaimana bercakap dengan kanak-kanak..jadi awak akan biasa dengan persekitaran..dengan itu awak akan malu bertempat..kalau tidak bergaul awak akan menjadi seorang yang anti sosial,"
"apa salahnya jadi anti-sosial?"
"awak akan tahu apabila awak bekerja..pada masa itu awak mesti berhadapan dengan masyarakat..jika tiada latihan..sudah tentu keadaan tersebut akan menjadi sukar bagi awak,"
"ok la..nanti saya cuba bersosial..tapi jangan paksa saya masuk asrama..huhu,"
"soft skill is important dear..think about it,"

Thursday, September 17, 2009

warisan

ciri-ciri saya yang sama dengan ayah saya:
1.mata
mata saya dan faqihah bewarna coklat gelap...sebenarnya saya tak pernah perasan pun...warna ini hanya akan nampak apabila mata saya terkena cahaya matahari..sekali pandang memang nampak hitam..satu hari alia yang tegur..dia cakap mata saya warna coklat gelap..huhu

2.tinggi
yang ni memang ramai ahli keluarga saya yang perasaan..saya hanya ada 4 orang sepupu perempuan(sebelah mama)dan diorang semua tidak berapa tinggi..mama saya pun agak rendah.. adik saya yang lelaki itu pun agak rendah..hehe

3.cerewet
saya memang tidak suka mengakuinya..tetapi perkara ini terbukti semasa memilih pakaian atau kasut..memang cerewet..berjam-jam lamanya..tambahan pula jika tiada orang yang memberi cadangan mana satu yang lawa..satu hari..saya menemani ayah saya pergi membeli seluar..punya la lama saya tunggu..dalam 2 jam agaknya..semua seluar dia tengok..akhir sekali seluar yang pertama sekali dia tengok itulah yang dipilihnya..adoii..memang cerewet!

4.buku
saya dan abah boleh kongsi baca buku yang sama..kadang-kadang pelik bunyinya sebab perbezaan umur mestilah jauh..tapi memilih buku yang sama..tapi saya tidak akan SENTUH buku sastera ataupun politik!biasanya yang saya akan baca ialah novel yang berunsur keagamaan dan misteri..senang cerita kami sama-sama suka karya RAMLEE AWANG MURSHID..mama pun sama..dan sekarang ini saya dan abah sedang berebut untuk menghabiskan novel KETIKA CINTA BERTASBIH II..macam biasa..siapa cepat dia dapat!

5.geografi
kami sama-sama suka subjek ni..dulu abah cakap dia selalu dapat markah tertinggi..hehe

yang sama dengan mama pula:
1.tepati masa
apabila sudah ditetapkan sesuatu benda..rancangan itu mesti akan diteruskan..tapi biasanya abah la yang menyebabkan semua tertangguh..hehe

kesimpulannya..saya merasakan bahawa saya lebih banyak mewarisi ciri-ciri abah..hohoho..namun begitu saya sayangkan mereka berdua..

p/s:dah lupa sebenarnya..nanti ingat tambah lagi..hehe

Thursday, August 13, 2009

betul ke?


tadi saya ada terbaca sebuah buku
dalam buku tu ada tulis
usia remaja masih belum sesuai untuk bercinta
ini kerana remaja
1.masih belum matang
2.mudah marah
3.kurang kesabaran
betul ke?
saya rasa semua itu bergantung kepada setiap individu
kalau kena caranya
perhubungan akan dapat dikekalkan
sehingga ke akhir hayat
orang dewasa juga menghadapi masalah dalam perhubungan
cuma mungkin
cara mereka mengatasinya
berbeza dengan cara remaja
tiada apa yang perlu ditakutkan
kerana
selagi kita bergelar manusia
selagi itulah kita akan menghadapi masalah
jika sayangkan perhubungan anda
carilah jalan penyelesaian yang sesuai
dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak

Monday, August 10, 2009

high heel


sewaktu belajar topik force and pressure
antara contoh yang dikemukakan
ialah pemakaian kasut bertumit tinggi ataupun high heel
high heel sebenarnya memberikan kesan negatif kapada pemakainya
kerana tapaknya yang kecil memberikan tekanan yang besar kepada badan
oleh itu kaki kita menerima tekanan yang besar untuk menyokong badan
sebenarnya saya juga suka memakai high heel
dan setakat ini hanya ada sepasang sahaja
bagi saya high heel ini menawan dan membuatkan pemakainya kelihatan bergaya
namun cantik itu mengundang padah
walaupun kesannya hanya muncul dalam jangkamasa yang lama
tetapi lebih baik elakkannya
bukan bermakna kita tidak dibenarkan langsung memakainya
tetapi jika kita kerap berjalan
cuba gunakan selipar yang bertumit rata

Sunday, August 9, 2009

merah.jingga.kuning.hijau.biru.indigo.ungu


petang tu hujan renyai
tiba-tiba adik saya menjerit
"tengok..ada PELANGI!!!"
saya melihat ke arah yang ditunjuk olehnya
cantiknya pelangi
ia memberikan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata
saya teringat ada terbaca dalam sebuah buku mengenai pelangi
orang tua-tua mengatakan bahawa pelangi sebenarnya adalah

ular gergasi yang muncul untuk minum air hujan
oleh itu kita dilarang menunding jari ke arahnya

dikhuatiri tangan akan menjadi kudung
lucu apabila mendengarnya
mustahil sesuatu yang tidak boleh bergerak
akan membahayakan kita

bagi saya PELANGI ini unik
jarang-jarang sekali kita dapat melihatnya
dan hanya seketika sahaja

oleh itu kita lebih menghargainya
bayangkan jika setiap hari kita dapat melihat PELANGI
seperti mana kita melihat matahari,bulan dan bintang
sudah tentu kita akan jemu kerana sudah biasa dengannya
disebabkan itu juga
kita melihat pelangi ini cantik
pelbagai warna berbeza
hakikatnya warna ini tercipta daripada satu warna sahaja
iaitu PUTIH yang langsung tidak memberikan warna
betapa indahnya ciptaan Tuhan
daripada sesuatu yang tidak memberi kesan
boleh menjadi sesuatu yang indah










Friday, July 31, 2009

pengalaman itu GURU


semakin hari kita semakin membesar
sejajar dengan itu
kita haruslah belajar daripada pengalaman
supaya dapat berfikir dengan lebih matang
saya berikan dua situasi yang berbeza

SITUASI A
seorang pemandu yang baru saja mendapat lesen kereta
memandu di sebuah jalan yang sibuk
tiba-tiba sebuah motorsikal telah terlanggar keretanya
lalu meninggalkan kesan calar
pemandu tersebut memaki penunggang tersebut
sepanjang perjalanannya

SITUASI B
seorang pemandu yang telah memandu selama 30 tahun
memandu di sebuah jalan yang sibuk
tiba-tiba sebuah motorsikal telah terlanggar keretanya
lalu meninggalkan kesan calar
pemandu tersebut tenang sahaja
kerana keadaan tersebut sudah kerap berlaku

kesimpulannya
apabila kita sudah terbiasa dengan situasi
yang tidak dijangka
kita akan dapat mengawal diri kita dengan mudah
pemandu dalam SITUASI A marah kerana dia belum pernah
berhadapan dengan keadaan itu
sedangkan
apabila difikirkan semula
tiada gunanya marah
kerana penunggang motorsikal tersebut
sudah tiada di situ
dan dia tidak mendengar apa yang dikatakan oleh pemandu itu
berbeza dengan pemandu dalam SITUASI B
dia tenang kerana sudah lali dengan itu semua
jadi
pengalaman sebenarnya mendewasakan kita
apabila kita sering terdedah kepada
sesuatu yang boleh memberi kesan buruk kepada kita
kita akan dapat menghadapinya dengan tenang
memang diakui kita akan mengalami kesukaran
namun semua itu harus diterima
kerana inilah hidup
ada pahit manisnya!

Tuesday, July 21, 2009

masalah:lari@hadapi?


hidup ini tidak boleh lari dari masalah
tanpa mengira usia
masalah akan menghampiri kita
percaya atau tidak
kanak-kanak kecil juga menghadapi masalah
cuma mungkin tidak serumit orang dewasa
sama juga dengan remaja
dan apabila berdepan dengan masalah
kita hanya ada dua pilihan
lari?
atau
hadapi?
pilihan ini terletak di tangan kita
tapi pada pendapat saya
masalah perlu dihadapi
tiada gunanya lari daripada masalah
kerana masalah itu akan terus-terusan menghambat kita
lambat laun sesuatu perlu dilakukan untuk menyelesaikannya
jadi
pilihan terbaik ialah hadapinya
memang diakui pada mulanya sukar dilakukan
tetapi menghadapi realiti lebih baik daripada
hidup dalam tekanan
menghadapi masalah memerlukan
kesabaran dan rasional sebagai seorang manusia
walaupun kadang-kadang masalah tersebut mengatasi
batas kesabaran manusia
namun anggaplah ianya sebagai dugaan
dalam menempuhi kehidupan yang berliku
masalah yang perlu diharungi
akan menyebabkan kita melalui proses kematangan
dari pelbagai aspek
seperti
cara berfikir,membuat keputusan dan lebih bersabar
sentiasa berfikiran positif dan terbuka
akan membantu kita menyelesaikan masalah
kadang kala
masalah akan memberi kebaikan kepada kita
kerana dari situlah kita dapat melihat kesalahan kita
kekurangan kita yang menyebabkan perkara buruk berlaku
kesimpulannya
masalah sebenarnya memberi kebaikan
dari sudut-sudut yang tertentu
hadapilah dengan tenang dan rasional!

Monday, July 6, 2009

wanita perlu jual mahal




"tidaklah mawar
hampiri kumbang

bukanlah cinta bila kau kejar
tenang lah tenang
dia kan datang
dan memungutmu
ke hatinya yang terdalam

bahkan dia tidak dapat
bertahan tanpamu"

Untuk Perempuan

Sheila On 7

lirik lagu tersebut ditujukan khusus untuk kaum hawa!
sewaktu mendengar lagu ini
saya terfikir
memang betul apa yang dinyanyikan oleh mereka
selayaknya wanita
membiarkan sahaja kehadiran lelaki secara semulajadi
mengapa perlu tergesa-gesa?
sedangkan sudah dijanjikan bahawa
setiap orang mempunyai pasangan masing-masing!
apa yang dikejar selama ini
mungkin hanya satu persinggahan sementara di dalam hidup
walhal hati sudah pun banyak terluka kerananya
sebaiknya kita biarkan saja
hati tersimpan rapi dan suci
sehingga datangnya seseorang yang ditakdirkan untuk kita
mereka inilah yang lebih layak berada di sisi perempuan
sebagai teman,penghibur dan juga pelindung!

Sunday, July 5, 2009

saya perlukan empat kaki untuk berdiri!








bunyinya pelik
empat kaki?
dari mana?
sedangkan manusia hanya mempunyai dua kaki sahaja
dalam kehidupan sebenar
kita tidak mampu untuk melakukan semua perkara sendirian
percayalah!
jika ada mereka yang berkata
"saya tak perlukan sesiapa dalam hidup ini,"
"i can stand on my own,"
mereka ini hanyalah orang-orang hipokrit yang tidak mahu mengaku kelemahan mereka sendiri
buktinya..
mampukah mereka mereka kereta sendiri...membuat rumah sendiri atau menyediakan bahan makanan mereka sendiri?
sudah tentulah tidak
dan ini jelas menunjukkan bahawa
hidup manusia bergantung antara satu sama lain
tidak kiralah sesiapa sekalipun
kebergantungan ini perlu kerana setiap insan mempunyai kelemahan masing2
hanya Yang Maha Berkuasa bersifat sempurna
akuilah!
kadang2 orang lain mampu melihat kita dari sudut pandangan yang berbeza
mungkin keadaan ini akan membawa perkembangan baru dalam hidup kita
seperti anak-anak yang bergantung kepada ibubapa mereka
pelajar yang bergantung kepada guru
terdapat pelbagai jenis kebergantungan
antaranya kewangan,pelajaran,nasihat dan juga pertolongan
selagi manusia tidak mencapai tahap kematangan yang membolehkan mereka menentukan baik buruknya sesuatu
seseorang mesti ada di belakang mereka
menampung kekurangan dalam diri mereka
jangan rasa malu untuk meminta pertolongan
sekiranya kita benar-benar memrlukannya
bergantung pada orang lain
bukanlah tanda kelemahan kita
sebaliknya ia sebagai tanda
keterbukaan minda kita untuk menerima sesuatu yang lebik baik
berbanding dengan apa yang kita mampu cipta!

Saturday, July 4, 2009

menangis!



manusia menangis untuk menenangkan perasaan mereka daripada unsur2 negatif contohnya sedih
dan kecewa.
namun begitu masih ada orang yang menganggap bahawa menangis adalah tanda keanak-anakan dan tidak matang dari segi pemikiran.
:"macam budak-budak la menangis,"
"dah besar mana boleh menangis,"
ayat-ayat tersebut mungkin bertujuan untuk mematangkan lagi cara pemikiran mereka.
waaubagaimanapun sebagai manusia,perasaan sedih masih ada.
dan kadang2 kita perlu menangis untuk meluahkannya.
selepas menangis seseorang akan menjadi lebih lega.
segala kekusutan telah keluar bersama air mata yang mengalir di pipi.
jadi mengapa malu untuk menangis?
setiap insan mempunyai hak untuk menghilangkan perasaan yang tidak disenangi di dalam hati.
dan secara jujurnya,
artikel ini ditulis selepas menangis!