BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label hidup ini. Show all posts
Showing posts with label hidup ini. Show all posts

Friday, December 18, 2009

kuasa minda

sudah lama tidak mengisi blog
kerana keadaan yang tidak mengizinkan
dilanda demam secara tiba-tiba
sekarang ini masih ada lagi gejala batuk
pertama sekali
saya ingin menzahirkan ucapan
terima kasih yang tidak terhingga
kepada akak niea
kalau tidak kerana akak
sudah tentu episod saya dan dia
berakhir sampai di situ sahaja
masih cuba untuk meneruskan
dengan sedaya upaya
melupakan kepahitan yang dialami
cukup tentang itu
sekarang ini saya menghadiri kelas tambahan
subjek matematik tambahan
berlakunya anjakan paradigma dalam hidup saya
saya telah mula meminati subjek matematik
perkara yang saya anggap
paling mustahil akan berlaku dalam hidup saya
telah pun menjadi kenyataan
syukur kepada Tuhan
semoga tahun 2010
memberi peluang kepada saya
untuk melangkah lebih jauh lagi

REALITI YANG KITA LALUI SEBENARNYA DIKAWAL OLEH MINDA
APABILA MINDA MENGATAKAN BOLEH
KITA AKAN BERGERAK UNTUK MENCAPAINYA
SUPAYA HASILNYA MENJADI SEPERTI YANG DIFIKIRKAN

Thursday, December 10, 2009

geometry dalam hidupku

segitiga merupakan satu bentuk geometri
kadangkala ia juga menjadi satu simbolik
dalam kehidupan manusia
apabila menonton drama ataupun filem
cinta tiga segi adalah perkara biasa
antara jalan cerita yang dipaparkan ialah
seorang gadis (A) jatuh cinta
kepada sahabat lelakinya(B)
tiba-tiba muncul seorang lagi gadis (C)
B akan bercinta dengan C
sementara A terpaksa memendam rasa
tetapi pada penghujungnya
B tetap bersama dengan A
itu adalah kisah yang difilemkan
secara jujurnya
saya sendiri akan memihak kepada A
dan membenci C yang merampas B daripada A
siapa sangka didalam hidup saya sendiri
saya adalah C
ikhlas dari hati saya katakan
saya terpaksa menelan hakikat
yang teramat pahit ini
namun demikian dia mengatakan bahawa
dia tetap memilih saya
dan dalam masa yang sama
dia bersimpati kepada A
apa yang patut saya lakukan?
lepaskan dia pergi
bermakna menambah derita pada
saya dan dia
meneruskan hubungan ini
dia seakan tidak dapat memaafkan saya
kalau saya dapat membaca fikiran
tentu semuanya mudah

p/s:true story..not a fictional one..tak sanngka hidup saya menjadi sekompleks ni

apa agaknya II

i don't know how to express my feeling
sekarang ni dengar lagu peterpan
sejujurnya rasa macam mahu nangis
why i am so stupid?
uhuh tak pernah lagi rasa macam ni
it is very difficult to deal with feeling
semua kawan-kawan saya cakap
diorang tak nak masuk campur
dalam hal melibatkan perasaan ni

aku tak percaya lagi
dengan apa yang kau beri
aku terdampar di sini
tersudut menunggu mati
aku tak percaya lagi
akan guna matahari
yang dulu mampu terangi
sudut gelap hati ini
aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
hingga nanti suatu saat
tak ada cinta ku dapat
mangapa ada sengketa
bila bahagia tercipta
mengapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan?
kau ajarkan aku bahagia
kau ajarkan aku derita
kau tunjukkan aku bahagia
kau tunjukkan aku derita
kau berikan aku bahagia
kau berikan aku derita

SHEILA ON 7-BERHENTI BERHARAP

i'm give up right now
he keep torture my feeling
dan dengan keputusan saya ini
saya yakin
akan ada insan yang gembira
for that someone
keep him away
and do whatever you want with him

Wednesday, December 9, 2009

apa agaknya

apa lagi agaknya yang perlu saya buat
untuk mendapatkan kemafaan dia
kenapa susah sangat nak maafkan saya?
if you hate me just saying it
everything will be over!
masalah sekarang ini ialah
saya berhadapan dengan manusia
mereka berada di luar kawasan saya
sekarang ini dalam kebingungan
pusing memikirkan masalah yang sedang dihadapi
nasib baik ada kawan-kawan
terima kasih semua
i shall learn to love my friends more than him
memang semua perkara bermula dari kebodohan saya
tapi susah sangat ke untuk memaafkan
kalau dikira bukan dia tak pernah melakukan kesalahan kepada saya
tapi saya selalu memaafkan
setiap orang ada ego masing-masing
tetapi jangan kerana ego
kita kehilangan benda yang kita sayang

Monday, November 30, 2009

mawar,kumbang dan rumput

ada satu cerita yang nak dikongsikan
tentang mawar,rumput dan kumbang
begini mawar dan kumbang bersahabat baik
tanpa disedari mawar jatuh cinta kepada kumbang
namun kumbang hanya menginginkan mereka kekal sebagai kawan
suatu hari kumbang bertemu dengan rumput
mereka bersahabat dan kumbang selalu
menceritakan perihal kawan yang disayanginya
si mawar kepada rumput
sedangkan mawar langsung tidak mengetahui tentang kewujudan
si rumput dalam hidup kumbang
rumput akhirnya jatuh cinta kepada kumbang
kumbang menerima cinta si rumput
kumbang dan rumput menyulam cinta dengan bahagia
rumput secara tidak sengaja bertemu mawar
disebabkan rasa ingin tahu
rumput menanyakan mawar perihal perhubungan
mawar dan kumbang
mawar mengatakan bahawa mereka berdua
adalah sepasang kekasih
rumput kemudiannya diberitahu oleh kumbang
tentang apa yang terjadi sebenarnya
antara dia dan mawar
mereka hanyalah teman biasa
pada suatu hari kumbang dan rumput
mendengar khabar bahawa mawar memilih
orkid untuk dijadikan kekasih hati
kumbang teramat kecewa dengan perbuatan mawar
kerana telah tersalah memilih jalan
kumbang menyalahkankan rumput atas apa yang terjadi
kata kumbang
jika rumput tidak memberitahu mawar
tentang perhubungan mereka
tentu mawar tidak memilih jalan sedemikian

jadi apa pendapat anda?apa yang patut dilakukan oleh mawar,kumbang atau rumput?

Friday, November 20, 2009

list-to-do

sempena cuti persekolahan yang baru sahaja bermula
marilah kita bersama-sama meraikannya
tak tahu nak cakap macam mana
tapi tersangat gembira dengan keadaan ini
macamlah tak pernah cuti sebelum ni..hehe
sekarang ni nak buat list-to-do thing
mungkin tidak akan mampu untuk menyiapkannya
tetapi tidak mengapa kerana perancangan itu penting

1.tengok cerita Ada Apa Dengan Cinta
tahu cerita ni dah lama dah..dah tak popular dah sekarang..but this story really nourishing my memory..terutamanya lagu tentang seseorang..it can make me smile 24 hours non-stop!yaah~

2.tulis cerita
idea dah ada..cuma malas nak menulis..saya ni jenis yang suka berhenti separuh jalan..huhu..dan apabila menulis cerita saya tidak mahu menghabiskannya kerana apabila cerita itu suda habis..watak itu akan mati di situ..hehe..memang dari dulu lagi macam ni..pelik kan?

3.lukis gambar untuk setiap sajak yang dibuat
saya tahu tangan saya keras macam kayu..nak lukis satu gambar pun perlukan beberapa hari..i'm not an expert like him..even dia pun ambil masa yang lama untuk lukis..huhu

4.pergi tuisyen
ni bukan kebahagiaan tapi keperluan..uhuh

banyak lagi sebenarnya tapi dah lupa..so many things keep playing in my head right now..can't focus right now..huhu..

pasca peperiksaan

akhirnya
3 minggu yang penuh dengan penyeksaan sudah berakhir!!
sekarang ni boleh berehat sikit
sudah banyak benda yang bermain dalam fikiran
namun mungkin sedikit sukar untuk dilaksanakan

my heart is singing
just like the first time i fall in love
no matter how cruel the torture you will give
never care what will happen in future
my heart is singing
with my soul is dancing

Thursday, October 22, 2009

kekesalan untuk kali ke________???

entri ini dilayangkan khas kepada anda
yang nun jauh di sana
walaupun saya tahu anda tak baca blog saya
tapi saya tetap mahu cakap..hehe
boleh dikatakan saya ni manusia yang jenis
1.kuat merajuk
2.cepat marah
3.suka sangat ikut mood
4.cemburu melampau
5.mengada macam budak
dan perangai inilah yang membuatkan awak
pening sampai tak larat nak layan
hari ini saya minta maaf
esok saya buat lagi
agak-agaknya kalau dihitung mungkin dah lebih
100 kali saya cakap "maaf"
belum campur masa hari raya lagi..hehe
tapi awak sabar,sabar dan sabar
terima kasih sebab dah teman saya
selama 2 tahun
dan awak memang milo 3 in 1 saya..haha
benda kecil pun boleh saya jadikan topik pergaduhan
belum masuk benda besar lagi
namun awak selalu cakap
"biasalah..awak kan masih dalam proses untuk
mencapai kematangan..it is normal,"
dan saya akan rasa bersalah
dalam jangka masa yang agak lama
haih..teruk kan saya ni

The magic of first love is our ignorance that it can never end


Wednesday, October 21, 2009

dia dan deviantart

sangat rindu sama kamu la blog..hehe
tapi kerana tiada mood untuk menulis
terpaksa ruangan ini dibiarkan sepi seketika
sesungguhnya 2 minggu lepas memberikan satu pengajaran baru
dunia ini penuh dengan diskriminasi!!!
kadang-kadang orang yang kita tak sangka itulah
yang memberi racun pada kita
enough about that..it was a stupid thing to remember
nasib baik dia ada memberi kekuatan
dia meminta saya supaya bersabar
thankz to him anyway..
sebenarnya ada kisah lain yang ingin dikongsi
tetapi simpan dulu untuk cerita ini
seperti yang diketahui
saya tidak lagi mempunyai mana-mana akaun sosial
sama seperti dirinya
namun kami berdua mempunyai satu akaun yang
hanya popular di antara peminat seni
sebenarnya dia yang terlebih dahulu mempunyai akaun ini
dipendekkan cerita
tadi saya membuka akaun deviantart saya
yang telah lama tidak di sign in
bila dibuka dia membalas semua komen
saya pada lukisannya
memang tidak dinafikan saya sangat mengagumi lukisannya
dan ini salah satu sebab kenapa saya memilihnya..hehe
walaupun dia tidak berterus terang tentang hubungan kami
tapi ini lebih baik
kerana saya tidak mahu kejadian dulu berulang lagi!
bergaduh dengan seorang peminat fanatiknya
saya tidak sanggup kerana saya kejam apabila bergaduh..haha

p/s:teringin sangat nak dia lukis wajah saya..entah bila?


Saturday, October 10, 2009

kejadian dalam ribut

mendahulukan perkara yang utama dari yang lain
pertama sekali selamat menyambut hari lahir
kepada adik bongsuku yang telah pun berumur setahun
kalau tarikh lahir saya ialah 10/9
si comel ini pula cukup umur pada 10/10
walaupun kamu telah merampas tahta saya
sebagai satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga
tetapi tidak mengapa
saya tetap sayangkan kamu!

sebenarnya entri kali ini adalah untuk berkongsi tentang
kejadian menunggang motor dalam ribut
petang tadi saya ingin ke kedai untuk
menambah nilaian kredit dalam telefon
pada masa itu langit telah menunjukkan tanda-tanda
mahu mencurahkan hujan
"ah..tak apalah.pergi kejap je.lagipun kedai dekat je,"
saya terpaksa meminjam motor datuk saya
memandangkan motor saya berada di kedai kerana tayar pancit
motor datuk saya ni bolehlah dikatakan motor baru
kerana bapa saudara saya telah mengeluarkan wang
untuk membelinya pada beberapa bulan yang lepas
kebodohan saya memang terserlah sejak awal lagi
saya telah menekan hon kerana
tertukar dengan starter motor
tidak mengapalah kerana akhirnya motor itu berjaya dihidupkan juga
saya menunggang motor dengan kelajuan yang sederhana sahaja
kerana motor itu bergerak dengan laju berbanding dengan motor saya
meter menunjukkan bacaan 40km/j
hampa apabila sampai di kedai kerana kedai itu tutup
saya memberanikan diri menuju ke kedai yang sebuah lagi
walaupun ketika itu langit sudah bertambah murung
sebaik sahaja siap membeli
angin mula bertiup kencang
terasa gerun di dalam hati untuk pulang
namun tetap memberanikan diri agar tidak terkena hujan
semasa dalam perjalanan pulang
kenderaan yang berada di jalan pada ketika itu
boleh dihitung dengan jari
kelajuan motor saya tingkatkan kepada 60km/j
tanpa rasa takut seperti tadi
yang ada di fikiran ialah untuk sampai ke rumah sepantas mungkin
dengan angin yang bertiup kencang
hati saya memang terasa goyah
objek yang berterbangan ke muka
langsung tidak dipedulikan
seakan tiada darah yang mengalir di muka pada ketika itu
nasib baik saya sampai di rumah dengan selamat
dan tepat pada masanya
selepas ini mungkin saya tidak akan berani untuk
menunggang motor ketika hari hampir hujan

Friday, October 2, 2009

akhirnya minggu ini sudah dapat semua keputusan peperiksaan
haih...
secara umumnya menurun!
tapi keseluruhannya seperti biasa
fizik,matematik tambahan dan bahasa arab
TIDAK PERNAH
mendapat A...
walau macam mana pun saya buat untuk fizik
mungkin tidak mencukupi
matematik tambahan saya mengaku tidak membuat latihan yang cukup
tahu pun!huhu
tapi saya akan berusaha dengan lebih baik!!!!!

1.bahasa inggeris
dapat naik ranking karangan
terima kasih kepada amni
kerana sudi membaiki kesalahan grammar saya
tapi tetapi akan mencuba supaya
melakukan kesilapan grammar yang paling minima

2.sejarah
mungkin saya memandang remeh pada subjek ini
memandangkan subjek ini subjek kesukaan saya
saya menganggapnya mudah

3.matematik moden
kerana kecuaian saya
tertinggal soalan yang perlu dijawab
nasib baik cikgu tidak mengambil kira soalan yang tidak dijawab..huhu

konklusinya
usaha yang berterusan perlu dibuat
hurm...

"give up what you want in the moment for something you want most in LIFE!"

Friday, September 25, 2009

cerita raya

sudah lama tidak mengemaskini blog
sibuk beraya agaknya..hehe
cerita hari raya pertama
malam raya tu memang sibuk
sibuk berbual dengan sepupu-sepupu
macam-macam hal yang keluar
selepas itu abang nan(adnan)
mengeluarkan sesuatu
SHISHA!
saya agak terperanjat juga pada mulanya
masakan seorang pelajar yang mengambil jurusan perubatan
tidak tahu tentang bahayanya shisha ini
mungkin dia hanya bermain-main
tapi sesi itu tidak berjalan dengan lama
memandangkan hanya beberapa orang yang menyertainya
malam itu tidur jam 2 pagi!
keesokan harinya macam biasa
bangun pagi,mandi dan tolong sikit sikit kat dapur
selepas sembahyang raya
salam dengan semua orang
dan dapat duit raya..hehe
masa salam dengan abang nan
terhantuk dekat jam tangan dia
nasib baik perlahan saja
dia pandang saya sambil tanya
"sakit ke?"
"haha..it's nothing.."
selepas selesai
tangkap gambar banyak-banyak
biasalah nanti kena pilih pula yang terbaik
tengah tangkap gambar
saya diajak beraya
pergi sajalah
macam biasa
saya ni pemalu sikit
dan hanya akan makan apa yang saya ingin makan..huhu
masa pergi ke sebuah rumah saudara kitaorang
ada pelbagai hidangan tersedia
saya masih lagi kenyang kerana di rumah sudah pun makan tadi
"kenapa tak makan?"tanya tuan rumah
"err.."
"diet la tu.."jawab abang johan
"macam tu dia rasa gemuk lagi..macam mana la kurus bagi dia agaknya,"tambah abang nan
nak tak nak
kena la saya ambil pinggan dan makan sikit
baru saja nak turunkan berat badan..huhu

Thursday, September 17, 2009

kejutan dari aishah

hari ini bosan yang terlampau
bosan membuat entry
saya melawat blog orang lain
macam-macam cerita yang saya baca
kadang-kadang tergelak
ada masa terkeluar air mata
pergi ke blog dfye
wah!
ada kejutan
tak sangka dia ingat harijadi saya
dia buat puisi untuk saya
terima kasih banyak-banyak ya
sayang kamoo sangat
ni link blog dia
http://aihi-dfye.blogspot.com/

p/s:akhirnya hari ini ada juga perkara yang menggembirakan..

puas hati?

semalam dengan rela hati
dan tanpa 'paksaan' dari mana-mana pihak
saya 'sign in' akaun friendster dan myspace
pergi ke 'setting' dan menekan
CANCEL ACCOUNT
tiada perasaan sedih ataupun kesal
biasa sahaja
dan setakat ini tidak terlintas lagi
untuk membuat akaun baru
puncanya?
bukan kerana sudah bosan
tetapi sudah letih mendengar
ayat-ayat 'manis' yang diutarakan
"nak buat macam mana..dia ada friendster"
"result turun?tu la selalu sangat main friendster.."
"kita buzy..mana ada masa nak buat friendster..bukan macam dia"
"bez la orang ada friendster..ramai kawan.."
alahai
memang betul-betul tak faham
apa kaitan friendster dengan curang??
"ok lah nanti delete.."
"kenapa nak delete?x payahla..nanti boring pulak..agpun xper ke xder frenster?"
hehe..ayat yang seakan mencabar saya
tapi tidak mengapa
saya langsung tidak kisah
saya dah cancel semua akaun saya
tinggal tagged je yang belum
tapi sudah lama tidak aktif
semalam lepas cancel terus hantar mesej
"da delete da frenster n myspace..jangan sruh delete blog sudah.."
itu lah ceritanya
jadi sekarang ini sudah tiada tempat bersosial
tinggal blog sahaja
tapi mungkin tahun hadapan akan sibuk
jadi tidak ada masa untuk aktif semua itu
(ayat nak sedapkan hati..huhuhuhu)

p/s:nasib baik dia tak ada apa-apa tempat untuk bersosial..kiranya adil dan sakasama sekarang ni..hehe

kantoi..

tinggal berapa hari lagi nak raya
memang dah tak sabar-sabar lagi
sampai sekolah pun ponteng
tengah malam semalam nurul nadia mesej
masa tu saya sudah tidur
bangun pagi tadi baru tengok
ada dua mesej
"che tin..aku ni nad..sihat dop?"
(dia guna nombor baru..sebab tu kenalkan diri..hehe)
yang satu lagi pulak
"da sampai umah da.."
(haha..petang semalam baru naik bas nak balik umah..)
selepas baca mesej terus sambung tidur
tanpa membalas terlebih dahulu
kalau balas kena mesej pula
nanti bangun la mesej..hehehe
tengah sedap tidur
bunyi lagu selamat hari raya
dengan mata yang masih berat
tengok nombor yang terpapar
lepas tu angkat
cakap la dengan nurul nadia comel ni
dia cakap dia makin gemuk
ya ke?
tak tengok saya lagi..hehe
soalan yang paling cepumas membuatkan mata saya terbuka dilontarkan
"eh..arini skul naim cuti ke?"
"hehe..aku tak tahu la..aku ponteng.."
"gila la kau ni..thira ponteng..syikin ponteng..spirit nak raya ke?!!"
saya tergelak besar
biasalah baru habis peperiksaan
pergi sekolah pun
tak buat apa-apa juga
semalam sebenarnya athira dah mesej
beritahu dia tak nak pergi sekolah hari ini
mesti afiqah bengang giler
sorry ya sayang..biasalah kat asrama tak boleh ponteng..hehe

p/s:amni yang comel dan 'innoncent' itu pun ponteng hari ini..saya yang macam 'devil' ni lagi la..hohoho

Monday, September 14, 2009

akhirnya

akhirnya hari ini
peperiksaan sudah tamat
subjek terakhir tadi ialah PSI
masa menjawab tadi
saya agak tidak ada mood
mungkin kerana mengantuk
dan kertas yang terakhir
menyebabkan fokus hilang entah ke mana
peperiksaan tamat pada pukul 12.10
nak tunggu pukul 2
lambat lagi
nak balik ke rumah
pintu pagar hadapan sudah dikunci
sudah la tiada orang
athira sudah pulang ke rumah
tinggal saya dan ashikin
idea nakal datang tiba-tiba
"jom pergi billion!"
"malas la..nak buat apa?"
"cari kad raya...jom la"
akhirnya ashikin mengalah
kami pergi ke ikut pintu belakang
ashikin yang tunjuk jalan
sampai sahaja di billion
kami terus memilih kad
"cari yang ada muzik ya..hehe"
"nak buat apa?ngada-ngada la.."
"yang ada muzik baru gempak..masa baca nanti satu rumah dengar..hohoho"
kami mengambil masa yang lama untuk mencari
baru saya perasaan yang saya ni agak cerewet memilih
akhirnya jumpa satu kad
SEMPURNA!
warna ungu ada muzik
sesuai dengan tema raya tahun ini
selepas balik ke rumah
saya terus menulis ucapan dalam kad itu
sangat seksa semasa menulis
buka besar-besar bunyi muzik
bukan apa takut nanti
kad itu sampai pada penerimanya
sudah tidak berbunyi
kerana habis bateri
kebetulan petang tadi keluar
lalu saya terus pos kad raya itu
harap-harap sampai dengan selamat

p/s: masih serik dengan kejadian hari itu..

Thursday, September 10, 2009

16 birthday

10.september.2009
genaplah umur saya 16 tahun
sudah besar rupanya
tapi perangai masih macam kanak-kanak
terima kasih kepada mereka yang bagi ucapan
nanti birthday korang
saya wish balik ea
yang dah lepas tu nak buat macam mana

yang wish pukul 12 semalam
1.athira:

ho3..kamoo..wlpn agk awl..tp sy sdh maw tydo dong..so..hepi sweet 16 dear..wishing u all da bez..suda twa kamoo yaa..
pukul 11 lagi da wish!

2.arifuddin:
hapy bufday 2 u!moga panjang umur n murah rezki..hope ceria slalu..love u muaah!
sepatutnye yang ni la first..huhu

3.tengku azwan
salam..Fatin,aku tau mu nntikan saat ni..mgkin mu xsabar2..nset mu mst duk d tgn..ari ni 10 SEPTEMBER 2009,gnap la umur mu 16taun..jd,aku nk ucapkan SLMT ARI JADI..kalu nk sdp bunyi gak..HEPI BIRTHDAY TO YOU 3x..smoga pnjg umur n ceria skmo..jgn maroh sokmo,nati cepat tuo,hua3!..ALLAH SELAMATKAN KAMU 3x..
mesej paling panjang!

4.nadia
epi bezday!!ak arap mum success oweyz!!ak arap mum kkal r ngn puding...hak3..epi bezday my frenz!!!
kelantan+english..hehe

5.shikin
happy birthday darling!!sweet 16~
paling pendek..hehe

6.zairul syafiq
hellop..hepy birthday
tak sangka dia nak wish..huhu

7.sy hrap sy xlmbt wish happy birthday
camne dia taw birthday saya?huhu

*kalau nak ikutkan sume wish sharp pukul 12 tengah malam..

yang wish pagi tadi
1.wan alia
"YA ALLAH,Kau hadiahkanlah cinta dan kasih sygMU dmi memelihara kesejahteraan & kebaikan insan ini krn ku thu hanyaKAU,yg mampu menjaga dirinya lbh baik dr ssiapa pun..pnjgkanlh umurnya dan murahkanlah rezekinya..amin.."HAPPY 16TH BIRTHDAY!!enjoy ur day

2.ainaa
siap bgi hadiah lagi..terima kasih untuk rantai tu!sangat comel

3.nabilah

4.afiqah

5.amni

6.kak mira
atin,epy besday k..mga murah rezeki..bjaya dunia dan akhirat..muuaaah
satu je kiz?hehe

7.kak miza
tin.epy bezday syg..moga2 pnjg umr..bhagia dlm hdup..ngn owg t'syg..hehe..mrah rzeki etk..



dalam frenster:
1.Zairul syaffiq
dua kali dia wish..hehe
2.Wan Zati Hanani


dalam tag:
1.afiq
dua kali jugak..huhu

terima kasih kepada anda semua yang telah memberi ucapan kepada saya
kalau nak wish lagi boleh
selagi belum sampai pukul 12 malam..hehe

Thursday, August 27, 2009

magnesium dan puasa


hhari ini merupakan hari keLIMA ramadhan
3 hari yang lalu
saya mengalami sakit kepala yang teruk
sakit yang menyengat
sehingga tidak dapat melaksanakan sebarang aktiviti
hajat di hati ingin mengulangkaji pelajaran
memandang peperiksaan sudah berada di depan pintu
tetapi buka buku sahaja sudah pening
tambahan pula cuaca yang panas
semakin mendorong kesakitan di kepala saya
akhirnya terpaksa mengalah
lantas saya mengambil novel KETIKA CINTA BERTASBIH
dan menghabiskan masa membacanya
saya terfikir untuk menyiapkan folio PJK
tetapi mama tidak memberi kebenaran
untuk saya berada di depan komputer
dikhuatiri sakit kepala saya bertambah teruk
hari ini abah membawa saya ke hospital
doktor mengatakan bahawa gastrik yang menyebabkan kepala saya sakit
ini kerana angin dari dalam perut naik ke kepala
keputusannya saya mendapat magnesium dalam bentuk pil
sedikit gembira kerana tidak perlu menelannya dalam bentuk cecair
saya sebenarnya sangat tidak tahan dengan bau ubat itu!
selepas berbuka saya menelan ubat
arahan yang tertulis supaya makan 2 biji
selepas menelan sebiji
sebiji lagi tidak dapat ditelan
selepas itu barulah saya terperasan
di atas kotak ada tertulis
kunyah sebelum telan
jadi saya terpaksa telan dengan menahan baunya!

Sunday, August 16, 2009

selepas seminggu


hari ini pergi ke sekolah
sampai di kelas
terkejut sebab tak ada orang
dan meja bersusun macam nak exam!
biar betul?satu apa pun tak sedia lagi
nasib baik datang cik ketua kelas
dia cakap kelas pindah ke bangunan sebelah
alahai
bangunan form3 bersebelahan dengan pembinaan
macam mana nak belajar
sabar sajalah
look at the bright side ok
antara kelebihan pindah ke blok form 3 ialah
1.dapat bersenam (kelas kat tingkat 3)
2.sebelah dengan kelas athira (tak perlu jalan jauh)
3.mengimbau kenangan tahun lepas (rasa muda balik)
jadi walaupun kelas di sana
bising,panas dan tinggi
tapi tidak mengapa
hanya berkorban untuk seminggu sahaja
sekali sekala kita perlulah
keluar dari atmosfera selesa
untuk kebaikan diri kita sendiri

Saturday, August 15, 2009

girls day out!

hari ini keluar dengan sepupu saya
pergi ke kbmall
walaupun rancangan asal tergendala
kami tetap meneruskan agenda
sepupuku yang tersayang belanja saya makan
semoga akak sentiasa comel dan gembira
jalan-jalan ,makan-makan
beginilah yang terjadi apabila tiada tujuan khusus
pusing-pusing tengok kasut
cantiknya higheel!
tapi apakan daya
sudah berjanji tidak akan pakai lagi
jalan lagi nampak beg
saya membantu dia memilih handbag
sangat cantik dan sesuai dengan dia
saya melihat sebuah musical box
entah kenapa rasa ingin memilikinya
mungkin lain kali saya akan membelinya
disebabkan kekurangan bajet
akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli sehelai baju
ada 3 warna pilihan
hitam,merah dan hijau
sudah tentu hitam yang menjadi pilihan
tambahan lagi dia atas baju itu
tertulis perkataan
"you done too far this time.."
sangat bersesuaian dengan tema
keadaan masih seperti biasa
diharapkan kedatangan lain kali
akan membawa perubahan