BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 14, 2009

akhirnya

akhirnya hari ini
peperiksaan sudah tamat
subjek terakhir tadi ialah PSI
masa menjawab tadi
saya agak tidak ada mood
mungkin kerana mengantuk
dan kertas yang terakhir
menyebabkan fokus hilang entah ke mana
peperiksaan tamat pada pukul 12.10
nak tunggu pukul 2
lambat lagi
nak balik ke rumah
pintu pagar hadapan sudah dikunci
sudah la tiada orang
athira sudah pulang ke rumah
tinggal saya dan ashikin
idea nakal datang tiba-tiba
"jom pergi billion!"
"malas la..nak buat apa?"
"cari kad raya...jom la"
akhirnya ashikin mengalah
kami pergi ke ikut pintu belakang
ashikin yang tunjuk jalan
sampai sahaja di billion
kami terus memilih kad
"cari yang ada muzik ya..hehe"
"nak buat apa?ngada-ngada la.."
"yang ada muzik baru gempak..masa baca nanti satu rumah dengar..hohoho"
kami mengambil masa yang lama untuk mencari
baru saya perasaan yang saya ni agak cerewet memilih
akhirnya jumpa satu kad
SEMPURNA!
warna ungu ada muzik
sesuai dengan tema raya tahun ini
selepas balik ke rumah
saya terus menulis ucapan dalam kad itu
sangat seksa semasa menulis
buka besar-besar bunyi muzik
bukan apa takut nanti
kad itu sampai pada penerimanya
sudah tidak berbunyi
kerana habis bateri
kebetulan petang tadi keluar
lalu saya terus pos kad raya itu
harap-harap sampai dengan selamat

p/s: masih serik dengan kejadian hari itu..

0 respon: