BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 31, 2009

pengalaman itu GURU


semakin hari kita semakin membesar
sejajar dengan itu
kita haruslah belajar daripada pengalaman
supaya dapat berfikir dengan lebih matang
saya berikan dua situasi yang berbeza

SITUASI A
seorang pemandu yang baru saja mendapat lesen kereta
memandu di sebuah jalan yang sibuk
tiba-tiba sebuah motorsikal telah terlanggar keretanya
lalu meninggalkan kesan calar
pemandu tersebut memaki penunggang tersebut
sepanjang perjalanannya

SITUASI B
seorang pemandu yang telah memandu selama 30 tahun
memandu di sebuah jalan yang sibuk
tiba-tiba sebuah motorsikal telah terlanggar keretanya
lalu meninggalkan kesan calar
pemandu tersebut tenang sahaja
kerana keadaan tersebut sudah kerap berlaku

kesimpulannya
apabila kita sudah terbiasa dengan situasi
yang tidak dijangka
kita akan dapat mengawal diri kita dengan mudah
pemandu dalam SITUASI A marah kerana dia belum pernah
berhadapan dengan keadaan itu
sedangkan
apabila difikirkan semula
tiada gunanya marah
kerana penunggang motorsikal tersebut
sudah tiada di situ
dan dia tidak mendengar apa yang dikatakan oleh pemandu itu
berbeza dengan pemandu dalam SITUASI B
dia tenang kerana sudah lali dengan itu semua
jadi
pengalaman sebenarnya mendewasakan kita
apabila kita sering terdedah kepada
sesuatu yang boleh memberi kesan buruk kepada kita
kita akan dapat menghadapinya dengan tenang
memang diakui kita akan mengalami kesukaran
namun semua itu harus diterima
kerana inilah hidup
ada pahit manisnya!

Thursday, July 30, 2009

hari MARAH sedunia


dalam kelas tadi
AMNI nampak tertekan
jadi saya dan ALIA
bertanyakan dia kenapa
halnya berkaitan dengan jambatan
hehe
nampaknya kebelakangan ini
ramai yang tertekan dengan jambatan
tidak terkecuali saya dan ALIA
saya berkata kepada AMNI
apa-apa pun boleh membuat kita marah
tetapi kita tidak akan marah
kalau kita tidak mahu marah
mudah bukan konsepnya
balik dari sekolah
saya menerima berita yang tidak baik
kawan saya memberitahu
barang yang saya pos kepadanya hilang
saya mengepos dua barang kepadanya
sekotak teh uncang dan sebentuk cincin berukir namanya
yang hilangnya ialah cincin
katanya kemungkinan besar
cincin itu diambil
saya terkedu
kenapa ada orang yang ingin mengambil benda yang tidak berharga??
langsung di luar pertimbangan akal saya
dan saya begitu MARAH
kerana saya ingin MARAH!
saya tidak pernah berasa marah seumpama ini
seumur hidup saya
jujur saya katakan
kawan saya menceritakan
pada hari pertama pendaftaran
selepas cuti semester
tidak silap saya
sebulan lepas
kawannya kehilangan beg pakaian
dan masih tidak ditemuinya
sehingga ke hari ini
sekali lagi saya terkedu
"ada gak orang nak curi benda macam tu ea???dia nak buat ape?"
"orang ni macam-macam,"
"adoi..diorang x fikir ke..berdosa ambik barang orang.kalau orang ambik barang dia camne?"
"habis tu yang membunuh tu lagi berdosa.kalau semua orang fikir camtu..tak adalah polis kat dunia ni...."
"............"
saya masih menyatakan perasaan marah
"cuba fikir positif..mungkin ada hikmah semua ni berlaku"
"kenapa dia x ambik barang orang lain???"
"sabar..anggap ini ujian"
"x maulah..benci..asyik saya je kena buli!"
"habis tu kesenangan yang parents awak bagi tu ape?biasalah.kehidupan ada turun naiknya.takkan selalu nak duduk kat atas?"
saya terdiam
masih geram
"cuba fikir positif"
"da habis positif da ni..x kan nak gelak"
"bukan.mungkin benda ni mengajar awak bersabar dan jadi lebih matang"
"macam-macam la orang ni"
"memang la..yang penting kita jaga diri kita..kita memang xleh kawal orang lain"
"semua orang xleh caya.x nak caya sape-sape"
"jangan la macam tu..percaya tu percaya..tapi kena beringat..jangan 100%..mungkin cincin tu tercicir..biasalah..yang melakukan tugas tu orang..bukan robot..dia pun ada melakukan kesalahan"
dan konklusinya
walaupun saya sudah bertenang
tapi saya tidak dapat menerima
situasi ini sepenuhnya
persoalannya
kalau betul ada yang mengambil cincin itu
apa yang dia nak buat dengan cincin???






Wednesday, July 29, 2009

aduss..meter alat penimbang berat naik!


hari ini ada subjek PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
hurm
ada cerita yang menyedihkan di sini
tadi macam biasa
semua pelajar pergi ukur berat dan tinggi
saya seperti biasa
menunggu sambil berbual dengan ALIA
dalam hati berharap
agar tinggi naik sikit
hehe
bila sampai giliran
sungguh terkejut besar!
tinggi statik (frust)-160cm-
berat NAIK!!
oh no
sungguh tidak mahu percaya
hari itu 49.5 kg
hari ini 50kg
ku tidak SUKA ini
uh oh
nampaknya
kena banyakkan senam
adoi
padan muka
sudah banyak kali diberi nasihat
supaya bersenam
tetapi tidak dipedulikan
huhuhu
terimalah keputusan ini SEADANYA

Monday, July 27, 2009

girl and raining


It was raining
when i stood under a tree
my black attire soaked
cool hugged my body
sadness and loneliness
were my faithful company
where can i seek for a happiness?

the rain poured heavily
i still there
watching for an angel to come
was there really a true angel?
nobody know
so do I
if there were one
could I asked them
for shine
so i could finished my journey

the rain was ended
it was the time
to complete my search
searched for a happiness
and true love
frankly i said
i felt jealous
for them
who already had their happiness

i just only had one request
please
taking care of your happiness
because
it need just
a dark shadow
to destroy it forever

p/s: this is my first poem
huhu

Sunday, July 26, 2009

kapal terbang kertas

When everything seems to be going against you,remember that the aeroplane takes off against the wind,not with it

semasa berada di makmal kimia tadi
saya terlihat ayat tersebut dalam modul kimia
kimia memang banyak memberi inspirasi!
saya suka ayat tersebut
memberi makna yang mendalam
saya ingin berkongsi
ayat tersebut dengan semua orang
jadi
apa kata
mulai dari saat ini
kita menjadi seperti kapal terbang
kenapa tidak?
manusia yang mencipta kapal terbang
sudah tentu manusia dapat menjadi sepertinya
perubahan yang positif perlu
untuk memajukan diri sendiri!

Friday, July 24, 2009

muzik itu irama

saya suka muzik!
sebab indah dan menyenangkan
boleh dikatakan saya mendengar semua lagu
tapi setakat ini
yang paling puitis yang saya pernah dengar ialah band
SHEILA ON 7
sangat suka!
walaupun band ini tidak segah band2 lain sekarang ini
saya tidak kisah
kerana keaslian mutunya
membuatkan saya terus setia menyokong SO7
saya tidak hairan jika mereka yang sebaya dengan saya
kurang meminati band ini
kerana waktu kegemilangan band ini ialah sekitar
tahun 1986 dan seterusnya
maaf saya tidak berapa pasti untuk memberikan fakta yang tepat
jadi pada tahun sedemikian
saya masih belum lahir lagi
sebenarnya bapa saudara saya
dan sepupu saya
yang mendedahkan muzik band ini kepada saya
muziknya dan lagunya sangat indah!
saya berkongsi minat ini dengan kawan baik saya
ATHIRA
dia mengenali band ini melalui abangnya
tapi band ini masih terus hidup sebenarnya
antara lagu baru band ini ialah
BETAPA..YANG TERLEWATKAN..dan sebagainya
kalau mahu diceritakan
banyak lagu yang menjadi kegemaran saya
boleh dikatakan kesemuanya
dan muzik ini juga meninggalkan kenangan indah
dalam hidup saya kerana
berkaitan dengan sesebuah peristiwa!

Tuesday, July 21, 2009

masalah:lari@hadapi?


hidup ini tidak boleh lari dari masalah
tanpa mengira usia
masalah akan menghampiri kita
percaya atau tidak
kanak-kanak kecil juga menghadapi masalah
cuma mungkin tidak serumit orang dewasa
sama juga dengan remaja
dan apabila berdepan dengan masalah
kita hanya ada dua pilihan
lari?
atau
hadapi?
pilihan ini terletak di tangan kita
tapi pada pendapat saya
masalah perlu dihadapi
tiada gunanya lari daripada masalah
kerana masalah itu akan terus-terusan menghambat kita
lambat laun sesuatu perlu dilakukan untuk menyelesaikannya
jadi
pilihan terbaik ialah hadapinya
memang diakui pada mulanya sukar dilakukan
tetapi menghadapi realiti lebih baik daripada
hidup dalam tekanan
menghadapi masalah memerlukan
kesabaran dan rasional sebagai seorang manusia
walaupun kadang-kadang masalah tersebut mengatasi
batas kesabaran manusia
namun anggaplah ianya sebagai dugaan
dalam menempuhi kehidupan yang berliku
masalah yang perlu diharungi
akan menyebabkan kita melalui proses kematangan
dari pelbagai aspek
seperti
cara berfikir,membuat keputusan dan lebih bersabar
sentiasa berfikiran positif dan terbuka
akan membantu kita menyelesaikan masalah
kadang kala
masalah akan memberi kebaikan kepada kita
kerana dari situlah kita dapat melihat kesalahan kita
kekurangan kita yang menyebabkan perkara buruk berlaku
kesimpulannya
masalah sebenarnya memberi kebaikan
dari sudut-sudut yang tertentu
hadapilah dengan tenang dan rasional!

Wednesday, July 15, 2009

o lalala..chemistry!


rabu.
hari yang paling memenatkan bagi kelas kami
selepas rehat kami perlu bergegas ke 3 makmal yang berbeza
ya!
kimia,fizik dan biologi berturutan
hari rabu hari sains sekelas
saya paling suka kimia!
hari ini kami menjalankan experiment
electrolysis
memang mengujakan
pertama kali saya melihat ion-ion bergerak menuju ke cathode!
sekali pandang seperti karat
dan agak menggelikan
tapi memang seronok
sungguh sempurna ciptaan tuhan!
dan saya sempat melakukan 'experiment' sendiri
hehe
mendekatkan anode kepada cathode
hal ini menyebabkan terhasilnya bunyi dan sedikit cahaya
dan menyebabkan sedikit kebas pada tangan
mungkin hasil daripada elektrik yang mengalir
selepas begitu bertenaga di makmal kimia
saya kehabisan cas di makmal fizik
oh no!
sorry teacher
selalu mengantuk waktu fizik!

Monday, July 6, 2009

wanita perlu jual mahal




"tidaklah mawar
hampiri kumbang

bukanlah cinta bila kau kejar
tenang lah tenang
dia kan datang
dan memungutmu
ke hatinya yang terdalam

bahkan dia tidak dapat
bertahan tanpamu"

Untuk Perempuan

Sheila On 7

lirik lagu tersebut ditujukan khusus untuk kaum hawa!
sewaktu mendengar lagu ini
saya terfikir
memang betul apa yang dinyanyikan oleh mereka
selayaknya wanita
membiarkan sahaja kehadiran lelaki secara semulajadi
mengapa perlu tergesa-gesa?
sedangkan sudah dijanjikan bahawa
setiap orang mempunyai pasangan masing-masing!
apa yang dikejar selama ini
mungkin hanya satu persinggahan sementara di dalam hidup
walhal hati sudah pun banyak terluka kerananya
sebaiknya kita biarkan saja
hati tersimpan rapi dan suci
sehingga datangnya seseorang yang ditakdirkan untuk kita
mereka inilah yang lebih layak berada di sisi perempuan
sebagai teman,penghibur dan juga pelindung!

Sunday, July 5, 2009

saya perlukan empat kaki untuk berdiri!








bunyinya pelik
empat kaki?
dari mana?
sedangkan manusia hanya mempunyai dua kaki sahaja
dalam kehidupan sebenar
kita tidak mampu untuk melakukan semua perkara sendirian
percayalah!
jika ada mereka yang berkata
"saya tak perlukan sesiapa dalam hidup ini,"
"i can stand on my own,"
mereka ini hanyalah orang-orang hipokrit yang tidak mahu mengaku kelemahan mereka sendiri
buktinya..
mampukah mereka mereka kereta sendiri...membuat rumah sendiri atau menyediakan bahan makanan mereka sendiri?
sudah tentulah tidak
dan ini jelas menunjukkan bahawa
hidup manusia bergantung antara satu sama lain
tidak kiralah sesiapa sekalipun
kebergantungan ini perlu kerana setiap insan mempunyai kelemahan masing2
hanya Yang Maha Berkuasa bersifat sempurna
akuilah!
kadang2 orang lain mampu melihat kita dari sudut pandangan yang berbeza
mungkin keadaan ini akan membawa perkembangan baru dalam hidup kita
seperti anak-anak yang bergantung kepada ibubapa mereka
pelajar yang bergantung kepada guru
terdapat pelbagai jenis kebergantungan
antaranya kewangan,pelajaran,nasihat dan juga pertolongan
selagi manusia tidak mencapai tahap kematangan yang membolehkan mereka menentukan baik buruknya sesuatu
seseorang mesti ada di belakang mereka
menampung kekurangan dalam diri mereka
jangan rasa malu untuk meminta pertolongan
sekiranya kita benar-benar memrlukannya
bergantung pada orang lain
bukanlah tanda kelemahan kita
sebaliknya ia sebagai tanda
keterbukaan minda kita untuk menerima sesuatu yang lebik baik
berbanding dengan apa yang kita mampu cipta!

Saturday, July 4, 2009

menangis!



manusia menangis untuk menenangkan perasaan mereka daripada unsur2 negatif contohnya sedih
dan kecewa.
namun begitu masih ada orang yang menganggap bahawa menangis adalah tanda keanak-anakan dan tidak matang dari segi pemikiran.
:"macam budak-budak la menangis,"
"dah besar mana boleh menangis,"
ayat-ayat tersebut mungkin bertujuan untuk mematangkan lagi cara pemikiran mereka.
waaubagaimanapun sebagai manusia,perasaan sedih masih ada.
dan kadang2 kita perlu menangis untuk meluahkannya.
selepas menangis seseorang akan menjadi lebih lega.
segala kekusutan telah keluar bersama air mata yang mengalir di pipi.
jadi mengapa malu untuk menangis?
setiap insan mempunyai hak untuk menghilangkan perasaan yang tidak disenangi di dalam hati.
dan secara jujurnya,
artikel ini ditulis selepas menangis!