BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 29, 2009

masa sibuk


esok persekolahan akan bermula semula
dan ujian pengesanan 2 berlangsung pada hari selasa
jadi kemungkinan besar
blog tidak dapat diupdate dalam jangka masa yang panjang
tapi mungkin akan ada pos baru pada 10.9.2009
jika ada sedikit peluang untuk dicuri
saya pasti akan menggunakannya

p/s:exam habis 16.9.2009
selepas itu hari raya!

Thursday, August 27, 2009

magnesium dan puasa


hhari ini merupakan hari keLIMA ramadhan
3 hari yang lalu
saya mengalami sakit kepala yang teruk
sakit yang menyengat
sehingga tidak dapat melaksanakan sebarang aktiviti
hajat di hati ingin mengulangkaji pelajaran
memandang peperiksaan sudah berada di depan pintu
tetapi buka buku sahaja sudah pening
tambahan pula cuaca yang panas
semakin mendorong kesakitan di kepala saya
akhirnya terpaksa mengalah
lantas saya mengambil novel KETIKA CINTA BERTASBIH
dan menghabiskan masa membacanya
saya terfikir untuk menyiapkan folio PJK
tetapi mama tidak memberi kebenaran
untuk saya berada di depan komputer
dikhuatiri sakit kepala saya bertambah teruk
hari ini abah membawa saya ke hospital
doktor mengatakan bahawa gastrik yang menyebabkan kepala saya sakit
ini kerana angin dari dalam perut naik ke kepala
keputusannya saya mendapat magnesium dalam bentuk pil
sedikit gembira kerana tidak perlu menelannya dalam bentuk cecair
saya sebenarnya sangat tidak tahan dengan bau ubat itu!
selepas berbuka saya menelan ubat
arahan yang tertulis supaya makan 2 biji
selepas menelan sebiji
sebiji lagi tidak dapat ditelan
selepas itu barulah saya terperasan
di atas kotak ada tertulis
kunyah sebelum telan
jadi saya terpaksa telan dengan menahan baunya!

Sunday, August 23, 2009

hadiah dari cik bulan!


1.Sudah berapa lamakah anda ber-blooging?Adakah anda menyukainya?Kenapa?
2 bulan
sudah tentu suka
kerana dapat tulis apa yang saya nak dan berkongsi perasaan saya dengan orang lain

2.Apakah perkara pertama yang anda buat selepas men-sign-in akaun blogger anda?
tengok follower update

3.Senaraikan blog yang anda kerap kunjungi
my loba loba
blow the words
selamba' face

4.Adakah anda sudah berpuas hati dengan blog anda?
belum lagi
masih banyak yang kurang

5.Award ini adalah award anda yang ke-__?
pertama!

Monday, August 17, 2009

faithful dancer


the box was opened
lovely rhythm enter the ear
she starts doing her duty
dancing gracefully
with a motion
her smiling face full of tears
it is her fate
for her entire life
loyal to the music
faithful with the cadence
being there for only one purpose
to rejoice her owner
even the sun is replaced by moon
summer is coming after spring
autumn is look forward for winter
but she still dance
and dance again
until the rhythm stop
she appear to be stiff
music is her soul
without it
she is only
inanimate stiff figure

Sunday, August 16, 2009

selepas seminggu


hari ini pergi ke sekolah
sampai di kelas
terkejut sebab tak ada orang
dan meja bersusun macam nak exam!
biar betul?satu apa pun tak sedia lagi
nasib baik datang cik ketua kelas
dia cakap kelas pindah ke bangunan sebelah
alahai
bangunan form3 bersebelahan dengan pembinaan
macam mana nak belajar
sabar sajalah
look at the bright side ok
antara kelebihan pindah ke blok form 3 ialah
1.dapat bersenam (kelas kat tingkat 3)
2.sebelah dengan kelas athira (tak perlu jalan jauh)
3.mengimbau kenangan tahun lepas (rasa muda balik)
jadi walaupun kelas di sana
bising,panas dan tinggi
tapi tidak mengapa
hanya berkorban untuk seminggu sahaja
sekali sekala kita perlulah
keluar dari atmosfera selesa
untuk kebaikan diri kita sendiri

Saturday, August 15, 2009

girls day out!

hari ini keluar dengan sepupu saya
pergi ke kbmall
walaupun rancangan asal tergendala
kami tetap meneruskan agenda
sepupuku yang tersayang belanja saya makan
semoga akak sentiasa comel dan gembira
jalan-jalan ,makan-makan
beginilah yang terjadi apabila tiada tujuan khusus
pusing-pusing tengok kasut
cantiknya higheel!
tapi apakan daya
sudah berjanji tidak akan pakai lagi
jalan lagi nampak beg
saya membantu dia memilih handbag
sangat cantik dan sesuai dengan dia
saya melihat sebuah musical box
entah kenapa rasa ingin memilikinya
mungkin lain kali saya akan membelinya
disebabkan kekurangan bajet
akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli sehelai baju
ada 3 warna pilihan
hitam,merah dan hijau
sudah tentu hitam yang menjadi pilihan
tambahan lagi dia atas baju itu
tertulis perkataan
"you done too far this time.."
sangat bersesuaian dengan tema
keadaan masih seperti biasa
diharapkan kedatangan lain kali
akan membawa perubahan

Friday, August 14, 2009

weird right?


we have an argument
i'm the first one to say sorry
i'm angry with u
it is me who say sorry too
i can not bear with your attitude
i eat up my own words after a few moment
i'm always say that
i can live my life without u
but after a few moment i will begging for u
i had a confident to find another guy
the phone ring and i talk to u with smile
someone ask me to go out for a date
i rather reading your email saying that u busy
i think that i'm a stupid one
but looking at your picture make me comfort
why?
because i'm a girl
not a weak one but too fragile
never demanding for materials
only ask for your time and care
a girl is a girl
no one can change it

Thursday, August 13, 2009

betul ke?


tadi saya ada terbaca sebuah buku
dalam buku tu ada tulis
usia remaja masih belum sesuai untuk bercinta
ini kerana remaja
1.masih belum matang
2.mudah marah
3.kurang kesabaran
betul ke?
saya rasa semua itu bergantung kepada setiap individu
kalau kena caranya
perhubungan akan dapat dikekalkan
sehingga ke akhir hayat
orang dewasa juga menghadapi masalah dalam perhubungan
cuma mungkin
cara mereka mengatasinya
berbeza dengan cara remaja
tiada apa yang perlu ditakutkan
kerana
selagi kita bergelar manusia
selagi itulah kita akan menghadapi masalah
jika sayangkan perhubungan anda
carilah jalan penyelesaian yang sesuai
dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak

Wednesday, August 12, 2009

sebuah jawapan

di sini aku berdiri
menanti detik waktu yang berlalu
menghitung saat untuk ke situ
jarum yang berdetik
seumpama sebilah pedang
mungkinkah tajam
ataupun sudah tidak berbisa
mungkinkah keputusan yang tercapai
akan mampu memuaskan hati semua pihak
ataupun sebelah pihak lagi terpaksa mengalah
persetujuan yang bukannya lahir dari keikhlasan
lantas menimbulkan calar pemberontakan
dari dalam diri
sungguh terpaksa diakui
jarak dan saat menjadi benteng besar
namun tidak bolehkah melakukan
sedikit pengorbanan
demi melihat sekuntum senyuman
tersekat di atmosfera ini
menjadikan diriku buntu
minda terbeku
tumpuan terkulai layu
dan aku masih disini
menanti dengan penuh debaran
menunggu dengan penuh perasaan
henya untuk sebuah jawapan

masa itu emas


lambatnya pukul 10 malam
uh oh uh oh
dah tak boleh nak sabar
rasa macam tak boleh nak duduk elok-elok
semua serba tak kena
macam-macam nak buat untuk habiskan masa
kenapa pukul 10?
itu bukan masa yang sesuai
tapi itu adalah masa terakhir
dateline for you ok.
lepas ni tak boleh nak tunda-tunda lagi dah
penantian selama 2 minggu
akan berakhir dengan satu jawapan
positif atau negatif
terpulang atas pemberi jawapan
yang di sini hanya mengikut
dan walaupun terasa ketidakpuasan hati
tak boleh nak cakap apa
macam diktator pula
tapi 99.99% diyakini negatif
walaupun hanya 0.01% saya akan tetap berharap
kenapa?
kerana harapan itu perlu
untuk menyedapkan hati sendiri
kalau positif senyum sampai ke telinga
kalau sebaliknya
pinjam henfon adik
dengar lagu HAMPA
huhuhu
beginilah selalunya saya
10 p.m here i come!

under 8tEen

lagi dua tahun saya akan menamatkan sekolah menengah
SUNGGUH TIDAK SABAR!!!
saya tahu saya akan menghadapi SPM
tapi hidup ini bukan semata-mata untuk belajar sahaja
kadang-kadang belajar daripada pengalaman
lebih berkesan daripada yang tertulis dalam buku
AMARAN jangan terpengaruh dengan ideologi ini
bila dah cukup umur 18 tahun
saya nak

1.ambik lesen kereta.senang nak pergi mana-mana.tidak perlu susahkan orang



2.sementara tunggu keputusan SPM keluar.nak kerja kat tadika.




3.belajar memasak banyak-banyak.teringin sangat nak belajar buat LEPAT PISANG.saya memang tak suka makan.tapi atas sebab-sebab tertentu saya mahu belajar.




4.beli handphone baru.sudah berjanji tidak akan tukar lagi sebelum habis sekolah melainkan handphone sekarang ini rosak.sekarang menggunakan sony ericsson k530i



5.teringin sangat nak ada laptop sendiri



6.belajar melukis.seronok sangat kalau boleh belajar dengan PUDING.



p/s:kalau ada lagi
nanti saya tambah

Tuesday, August 11, 2009

kucing..?JAUHkan dari SAYA


saya memang takut kucing
nampak sahaja kucing
automatik angkat kaki tinggi-tinggi
tidak kiralah ketika itu saya berada di mana
dan secomel mana kucing itu
mungkin TRAUMA dengan kejadian dulu
sewaktu saya masih kecil
dalam umur 5/6 tahun
saya memang minat dengan kucing
pernah memelihara seekor kucing
semasa sedang bermain dengannya
kucing itu mencakar tangan saya
luka hanya sedikit sahaja
tetapi entah kenapa
sehingga ke hari ini
saya anti dengan kucing
bukan benci tapi takut
walaupun kucing itu nampak jinak
tetapi saya tetap tidak percaya
tak tahulah bila saya akan PULIH
ada juga yang cakap
"dengan kucing pun nak takut"
tapi saya tidak kisah pun
kerana setiap orang PASTI
mempunyai sesuatu yang ditakutkan

hAmpA

Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiri ku dalam menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu

Ketika bersama rindu bergelora
Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai mengoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja

Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku

Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Di malam yang sunyi
Sepi menyendiri
Ku hulur dan menyusun jari
Ku pohon kau ubatikanlah rinduku
Bayang kasih dalam mimpiku
Menikam kalbu...

Biar kasih menyiksa jiwa
Biar ku yang mengemis cinta
Kerna sejak dari mula
Diriku yang tergoda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Oh... oh... oh

TO'KI

p/s:lagu ini sedap didengar tengah-tengah malam
orang yang bertanggungjawab memperkenalkan lagu ini ialah
NADIA
SEPUPU SAYA

kAu aKu

Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti


Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Ooohhh.
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini

Biar sampai akhirnya nanti
Biar sampai akhirnya nanti
Ooohhh..Oohhh..Ooohhh

p/s:lagu ini ditujukan khas kepada NURUL NADIA BT ABD RAHIM
huhu..
lepas dia pindah sekolah lain
rindu bangat sama dia!!!
satu hal lagi
lepas dia tak ada
banyak pulak masalah saya
aduh
terpaksa hadapi semuanya sendiri la sekarang ni
harap-harap dia tak baca
kalau tak
MALU
huhu

Monday, August 10, 2009

my FIRST cake


cuti seminggu membuatkan saya hilang arah tujuan
semalam tiba-tiba saya terasa seperti ingin memasak sesuatu
benda pertama yang terlintas di fikiran saya ialah
KEK BATIK!
mungkin kerana ALIA dan ATHIRA mengatakan yang kek itu senang dibuat
selepas meminta resepi daripada ibu saudara saya
meembeli barang-barang yang diperlukan
hari ini saya memasak!
sudah lama tidak mempunyai peluang seperti ini
sangat gembira
simple sahaja caranya
hanya perlukan biskut Marie,milo dan mentega
sekejap sahaja sudah siap
saya langsung tidak kisah
walaupun rasanya tidak sedap
asalkan saya sudah membuatnya dengan sepenuh hati

p/s:first trial..nanti nak buat lagi!

you BELONG with me


You're on the phone with your girlfriend, She's upset
She's going off about something that you said
She doesnt get your humour like I do

I'm in the room, its a typical Tuesday night
I'm listening to the kind of music she doesnt like
And she'll never know your story like I do

But she wears short skirts, I wear t-shirts
She's cheer captain and I'm on the bleachers
Dreaming bout the day when you'll wake up and find
That what you're lookin for has been here the whole time

If you could see that I'm the one who understands you
Been here all along so why can't you see?
You belong with me
You belong with me
Walkin the streets with you in your worn out jeans
I cant help thinking this is how it ought to be
Laughing on the park bench thinkin to myself
Hey isnt this easy?

And you've got a smile that could light up this whole town
I havent seen it in awhile, since she brought you down
You say you find I know you better than that
Hey, Whatcha doing with a girl like that?

She wears high heels, I wear sneakers
She's cheer captain and I'm on the bleachers
Dreaming bout the day when you'll wake up and find
That what you're looking for has been here the whole time

If you could see that I'm the one who understands you
Been here all along so why can't you see?
You belong with me

Standin by, waiting at your back door
All this time how could you not know that?
You belong with me
You belong with me

Oh I remember you driving to my house in the middle of the night
I'm the one who makes you laugh when you know you're about to cry
I know your favorite songs and you tell me about your dreams
I think I know where you belong. I think I know it's with me.

Can't you see that I'm the one who understand you?
Been here all along so why can't you see?
You belong with me

Standing by or waiting at your back door
All this time how could you not know that
You belong with me
You belong with me

Have you ever thought just maybe
You belong with me
You belong with me

TAYLOR SWIFT!

p/s:sekarang ni da addict kat lagu..taylor swift cool~

high heel


sewaktu belajar topik force and pressure
antara contoh yang dikemukakan
ialah pemakaian kasut bertumit tinggi ataupun high heel
high heel sebenarnya memberikan kesan negatif kapada pemakainya
kerana tapaknya yang kecil memberikan tekanan yang besar kepada badan
oleh itu kaki kita menerima tekanan yang besar untuk menyokong badan
sebenarnya saya juga suka memakai high heel
dan setakat ini hanya ada sepasang sahaja
bagi saya high heel ini menawan dan membuatkan pemakainya kelihatan bergaya
namun cantik itu mengundang padah
walaupun kesannya hanya muncul dalam jangkamasa yang lama
tetapi lebih baik elakkannya
bukan bermakna kita tidak dibenarkan langsung memakainya
tetapi jika kita kerap berjalan
cuba gunakan selipar yang bertumit rata

Sunday, August 9, 2009

puteriku sayang


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

HIJAZ

merah.jingga.kuning.hijau.biru.indigo.ungu


petang tu hujan renyai
tiba-tiba adik saya menjerit
"tengok..ada PELANGI!!!"
saya melihat ke arah yang ditunjuk olehnya
cantiknya pelangi
ia memberikan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata
saya teringat ada terbaca dalam sebuah buku mengenai pelangi
orang tua-tua mengatakan bahawa pelangi sebenarnya adalah

ular gergasi yang muncul untuk minum air hujan
oleh itu kita dilarang menunding jari ke arahnya

dikhuatiri tangan akan menjadi kudung
lucu apabila mendengarnya
mustahil sesuatu yang tidak boleh bergerak
akan membahayakan kita

bagi saya PELANGI ini unik
jarang-jarang sekali kita dapat melihatnya
dan hanya seketika sahaja

oleh itu kita lebih menghargainya
bayangkan jika setiap hari kita dapat melihat PELANGI
seperti mana kita melihat matahari,bulan dan bintang
sudah tentu kita akan jemu kerana sudah biasa dengannya
disebabkan itu juga
kita melihat pelangi ini cantik
pelbagai warna berbeza
hakikatnya warna ini tercipta daripada satu warna sahaja
iaitu PUTIH yang langsung tidak memberikan warna
betapa indahnya ciptaan Tuhan
daripada sesuatu yang tidak memberi kesan
boleh menjadi sesuatu yang indah










Saturday, August 8, 2009

you,her and me


she calls me last night
said that she used to be your baby
i want to trust her
but your eyes prevent me to do so
i feel bitter here
in the way where air is inhaling into my body
i give you another question
your silent is a poison for me
you give me that look
the look that drunk me into your heart
the look that accompany me every night
the look that said i am your angel
how can i trust her
but your voices and her's keep playing in my mind
"why should i lie?what will i get from lying?"
both of you say the same word
which tongue should i trust
whether it is your sympathetic melody
or her sweet poisonous harmony
this situation pull into madness
drag me toward the hell
but you know
whatever happen to me
you always be the winner
and now
i still here
holding the hand that
had loss it warm
because it had be sharing
with me and her

Friday, August 7, 2009

kisah H1N1


ingatkan hari khamis tu sama macam hari khamis yang lain
semuanya berjalan seperti biasa sehinggalah pengumuman dibuat
"pelajar asrama tidak dibenarkan pulang ke rumah pada minggu ini"
disambut dengan tangisan oleh mereka
saya tertanya-tanya mengapa situasi ini berlaku
selepas itu semua pelajar diminta berkumpul di medan
kami diberitahu bahawa seoarng pelajar telah pun disahkan
POSITIF H1N1!
sangat terkejut dan mengerikan
jadi sekolah kami ditutup selama seminggu
para pelajar asrama dikuarantin di asrama
dan pelajar yang berulang dikuarantin di rumah
harap-harap pelajar tersebut sembuh dengan cepat
dan apabila kami kembali ke sekolah
pada16/8/09 ini
keadaan sudah pulih seperti biasa
tidak perlu lagi memakai topeng muka yang melemaskan.