BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 9, 2009

merah.jingga.kuning.hijau.biru.indigo.ungu


petang tu hujan renyai
tiba-tiba adik saya menjerit
"tengok..ada PELANGI!!!"
saya melihat ke arah yang ditunjuk olehnya
cantiknya pelangi
ia memberikan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata
saya teringat ada terbaca dalam sebuah buku mengenai pelangi
orang tua-tua mengatakan bahawa pelangi sebenarnya adalah

ular gergasi yang muncul untuk minum air hujan
oleh itu kita dilarang menunding jari ke arahnya

dikhuatiri tangan akan menjadi kudung
lucu apabila mendengarnya
mustahil sesuatu yang tidak boleh bergerak
akan membahayakan kita

bagi saya PELANGI ini unik
jarang-jarang sekali kita dapat melihatnya
dan hanya seketika sahaja

oleh itu kita lebih menghargainya
bayangkan jika setiap hari kita dapat melihat PELANGI
seperti mana kita melihat matahari,bulan dan bintang
sudah tentu kita akan jemu kerana sudah biasa dengannya
disebabkan itu juga
kita melihat pelangi ini cantik
pelbagai warna berbeza
hakikatnya warna ini tercipta daripada satu warna sahaja
iaitu PUTIH yang langsung tidak memberikan warna
betapa indahnya ciptaan Tuhan
daripada sesuatu yang tidak memberi kesan
boleh menjadi sesuatu yang indah










2 respon:

Niji said...

wah~
saya dah lama tak tengok pelangi!
jelesnya ngan fatin~
awk patut bangga tau
-.-

fatin arina said...

hehe..ya ke?
ok2..
dengan ini saya fatin arina
berbanga dapat tengok pelangi
hohoho~