BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 27, 2009

magnesium dan puasa


hhari ini merupakan hari keLIMA ramadhan
3 hari yang lalu
saya mengalami sakit kepala yang teruk
sakit yang menyengat
sehingga tidak dapat melaksanakan sebarang aktiviti
hajat di hati ingin mengulangkaji pelajaran
memandang peperiksaan sudah berada di depan pintu
tetapi buka buku sahaja sudah pening
tambahan pula cuaca yang panas
semakin mendorong kesakitan di kepala saya
akhirnya terpaksa mengalah
lantas saya mengambil novel KETIKA CINTA BERTASBIH
dan menghabiskan masa membacanya
saya terfikir untuk menyiapkan folio PJK
tetapi mama tidak memberi kebenaran
untuk saya berada di depan komputer
dikhuatiri sakit kepala saya bertambah teruk
hari ini abah membawa saya ke hospital
doktor mengatakan bahawa gastrik yang menyebabkan kepala saya sakit
ini kerana angin dari dalam perut naik ke kepala
keputusannya saya mendapat magnesium dalam bentuk pil
sedikit gembira kerana tidak perlu menelannya dalam bentuk cecair
saya sebenarnya sangat tidak tahan dengan bau ubat itu!
selepas berbuka saya menelan ubat
arahan yang tertulis supaya makan 2 biji
selepas menelan sebiji
sebiji lagi tidak dapat ditelan
selepas itu barulah saya terperasan
di atas kotak ada tertulis
kunyah sebelum telan
jadi saya terpaksa telan dengan menahan baunya!

2 respon:

Aimy Yasmin said...

alololo...
ksiannye die...
tape2.. makan ubat, cpat baik k~!
;)

fatin arina said...

hehe
ok
thankz for corncerning
;D