BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 27, 2009

bagaimana?

ini merupakan satu topik yang agak menarik untuk diceritakan bagi saya
hal ini menjadi perbahasaan di antara saya dan sepupu saya
sejujurnya saya mengakui dia benar
topik ini bermula dengan satu soalan daripada dia
"awak tak tinggal kat asrama kan?"
saya mengangguk
"kenapa?"
saya mula bercerita tentang alasan yang kedengaran agak mengada-ngada
dia mula bercerita tentang kebaikan tinggal di asrama
tetapi yang paling menarik perhatian saya ialah
"awak akan belajar cara bersosial apabila awak tinggal di asrama,"
"maksudnya?"
dia mula mengatakan apabila seseorang tinggal di asrama
dia akan belajar cara untuk bergaul dengan orang lain
bertolak ansur..bekerjasama dan berdikari
"da biasa dengar semua itu..hehe"
dia mula mengemukakan contoh situasi tertentu
1.bila tinggal di asrama secara automatiknya kita akan mencari kawan
jadi kita akan mengahdapi pelbagai manusia yang berbeza karenah
keadaan ini akan mendedahkan kita kepada kehidupan sebenar
2.bayangkan apabila berada di tempat ramai
sudah tentu ada yang lebih dan ada yang kurang
secara tidak langsung keadaan ini dapat menghakis sikap
pentingkan diri sendiri dan bertolak ansur
"bukan semua yang tinggal di asrama baik..ada juga.."
"tapi sekurang-kurangnya awak berusaha ke arah kebaikan,"
dia menyambung lagi
"awak mesti belajar bagaimana cara untuk berinteraksi dengan masyarakat..bagaimana cara bercakap dengan orang tua,bagaimana bercakap dengan kanak-kanak..jadi awak akan biasa dengan persekitaran..dengan itu awak akan malu bertempat..kalau tidak bergaul awak akan menjadi seorang yang anti sosial,"
"apa salahnya jadi anti-sosial?"
"awak akan tahu apabila awak bekerja..pada masa itu awak mesti berhadapan dengan masyarakat..jika tiada latihan..sudah tentu keadaan tersebut akan menjadi sukar bagi awak,"
"ok la..nanti saya cuba bersosial..tapi jangan paksa saya masuk asrama..huhu,"
"soft skill is important dear..think about it,"

2 respon:

Niji said...

saya taknak masuk asrama. saya boleh belajar bersosial tanpa masuk asrama.
i'm sticking to my guns.
it's decided.

fatin arina said...

hoho
setuju2
jom pergi berbahas dengan dia
haha