BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 18, 2009

kuasa minda

sudah lama tidak mengisi blog
kerana keadaan yang tidak mengizinkan
dilanda demam secara tiba-tiba
sekarang ini masih ada lagi gejala batuk
pertama sekali
saya ingin menzahirkan ucapan
terima kasih yang tidak terhingga
kepada akak niea
kalau tidak kerana akak
sudah tentu episod saya dan dia
berakhir sampai di situ sahaja
masih cuba untuk meneruskan
dengan sedaya upaya
melupakan kepahitan yang dialami
cukup tentang itu
sekarang ini saya menghadiri kelas tambahan
subjek matematik tambahan
berlakunya anjakan paradigma dalam hidup saya
saya telah mula meminati subjek matematik
perkara yang saya anggap
paling mustahil akan berlaku dalam hidup saya
telah pun menjadi kenyataan
syukur kepada Tuhan
semoga tahun 2010
memberi peluang kepada saya
untuk melangkah lebih jauh lagi

REALITI YANG KITA LALUI SEBENARNYA DIKAWAL OLEH MINDA
APABILA MINDA MENGATAKAN BOLEH
KITA AKAN BERGERAK UNTUK MENCAPAINYA
SUPAYA HASILNYA MENJADI SEPERTI YANG DIFIKIRKAN

0 respon: