BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 10, 2009

geometry dalam hidupku

segitiga merupakan satu bentuk geometri
kadangkala ia juga menjadi satu simbolik
dalam kehidupan manusia
apabila menonton drama ataupun filem
cinta tiga segi adalah perkara biasa
antara jalan cerita yang dipaparkan ialah
seorang gadis (A) jatuh cinta
kepada sahabat lelakinya(B)
tiba-tiba muncul seorang lagi gadis (C)
B akan bercinta dengan C
sementara A terpaksa memendam rasa
tetapi pada penghujungnya
B tetap bersama dengan A
itu adalah kisah yang difilemkan
secara jujurnya
saya sendiri akan memihak kepada A
dan membenci C yang merampas B daripada A
siapa sangka didalam hidup saya sendiri
saya adalah C
ikhlas dari hati saya katakan
saya terpaksa menelan hakikat
yang teramat pahit ini
namun demikian dia mengatakan bahawa
dia tetap memilih saya
dan dalam masa yang sama
dia bersimpati kepada A
apa yang patut saya lakukan?
lepaskan dia pergi
bermakna menambah derita pada
saya dan dia
meneruskan hubungan ini
dia seakan tidak dapat memaafkan saya
kalau saya dapat membaca fikiran
tentu semuanya mudah

p/s:true story..not a fictional one..tak sanngka hidup saya menjadi sekompleks ni

0 respon: